Apakah yang di harapkan dari gadis seperti aku??
Seorang kerdil yang mungkin kehadirannya tak di sedari dunia
Apa yang aku tahu?
Aku cuma tahu berhibur, bersenda-tawa, berkelana, bermimpikan kamu ntah kan siang dan malam.
Apa yang kamu mahu?
Memagari aku dari semua kesukaan ku?
Memisahkan aku dgn teman2 di saat kamu jauh dari aku?
Beda, aku akui itu ... jarak umur yang memisahkan kita terlalu jauh
Tapi bukan bermaksud aku tidak boleh bersama dan memahami kamu seadanya bukan?
Berikan aku ruang dan waktu.
Aku mencuba seadanya menjadi yang terbaik bagi kamu meskipun aku x mampu
Aku mencuba memahami kamu dengan kesungguhan kefahamanku yang cetek namun tidak pernah sampai
Aku cuba buang sgl prasangka agar tidak timbulnya perbalahan antara kita tapi aku sering bosan pada perkara2 yang tiada badai.tenang shj.tidak bosankah kamu?
Lalu aku menjadi penduga pada setiap tingkah mu
tapi aku mungkin kurang bijak, tersadung lalu tertinggal di belakang LAGI.
Ntahkan kaki aku masih kuat bertahan.belakangku masih utuh bersandar menyaksikan kamu dari sudut pandang mata ini.
Mungkin aku perlu berlalu mengangkat bendera putih dan berkurung seharian dibilikku menyembunyikan mata berkaca kepedihan. kerana mataku tidak melihat kamu lagi.kelam pekat dan hitam.
3 comments:
Wah !!
Kau dah makin bersastera sekarang ni, ya .
Keep it up, girl.
kdg2 benda2 cmni melegakan otak
hhehehe
who's dat old lucky guy?
Post a Comment