February 6, 2024

Aku yang sudah berusia 36 tahun pada 2024

 Assalamualaikum...

Entah kenapa aku merasakan rindu dengan aku yang dulu. Aku mahu melihat foto-foto aku di zaman usia remaja. Di zaman berat aku 60kg, dengan tinggi 165cm. Perempuan, akan sentiasa merindui zaman kurusnya. hehe Di zaman yang aku terlalu sibuk dengan cinta dan perasaan aku dan rakan-rakan.

Tapi sayang, sukarnya untuk aku ada gambar-gambar lama tersebut kerana telah lupus bersama hard drive kesayangan aku. Entah di mana hilangnya..

Aku kini berusia 36 tahun, mempunyai anak lelaki yang nakal dan bijak -sebijik aku. Mempunyai kerjaya tetap dengan gaji yang agak lumayan. Tetapi biasalah, perempuan dan wang takkan pernah cukup. Mungkin aku ada masalah pengurusan kewangan yang aku selalu ambil mudah.

Kerana rindu dengan aku yang dulu telah membawa aku kembali ke blog ini. Aku mempunyai 446 posting yang aku telah draftkan biar hilang dari tatapan mata di internet. Aku yang terlalu berjiwa, berbahasa dan beremosi yang kini tidak mahu manusia luar kenal siapa aku yg dulu.

Terlalu banyak yang sudah berubah. Aku masih ingat doa-doa yang pernah aku pohon dari Allah -tuhanku, untuk aku berada di tempat aku yang sekarang. Sungguh, Allah memperkenankan doaku walaupun aku tau aku tidak layak. Walaupun aku kurang pasti, apakah doaku yang di dengari, atau doa mamaku.

Aku sudah kehilangan tunjang kekuatan jiwa dan raga iaitu abah ku. Sosok garang dan berkata lantang itu sudah tiada lagi di dunia ini. Aku masih ingat beberapa tulisan di blog ini yang ego dan menentang keras abahku. Aku yang berjiwa muda dan keras, sekeras abahku. Sungguh kesamaan watak yang amat ketara membuat kan aku terus jauh dan jauh dari abah. Sehinggalah aku semakin berusia. Abahku semakin mendatar kudratnya, kami cuba mencari kesefahaman di antara kami sehinggalah abahku di maklumkan menghidapi kanser perut.

Aku di tempat kerja, di maklumkan mengenai berita yang sangat perit itu. Aku tak kuat, luluh jiwa dan raga meminta bossku utk work from home untuk balik menatap mata tua itu. Dan seminggu aku di rumah cuba mencerna apa yang sedang berlaku.

Dan dari situ, semakin hari hubungan kami semakin membaik. Abah sangat syg aku. di hujung hayatnya aku masih ingat kami sedang bersantai di beranda rumah sambil abah ku di atas kerusi roda menyatakan "kakak anak yang di berkati" 

Genap setahun dari perkhabaran duka, abah ku pun pergi menghadap Ilahi di pagi Jumaat di rumah kami. Semoga Allah menyayangi abahku seperti mana kami, anak-anaknya di sayangi sehingga ke akhir hayat. Sekarang tinggal mama. Yang matanya masih tidak kering bila bercerita pasal abah. Tapi mamaku kuat juga, makin kat merayap ke sana-kesini dengan geng rombongan mengaji dan anak-anak.

Begitulah, aku yang selalu bertanya kepada diriku sendiri 

"How does it feel to be 30, then 35, and now 36" 

"How does it feel to have a son and daughter" aku cuma ada seorang anak dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

"How does it feel to be me, when im getting so old?, when the last time i'm in school?"

Aku selalu ada banyak soalan-soalan untuk aku dan orang-orang sekitar aku.

Ternyata aku memahami sekarang yang hidup ini sangat singkat. Segala apa yg kita ada di dunia ini, sungguh tidak bererti. Hanya amalan yg di bawa.

Tapi aku masihlah begini, masih alpa di sebalik kesedaran. masih kadang-kadang rompong dalam solat, masih free hair bila berkesempatan, masih singkat berpakaian. Semoga bila ajalku tiba nanti, aku pergi dalam keadaan bersedia dan khusnul khotimah.\

Aku sangat ingin ke Mekah berbuat umrah. Tapi masih belum di jemput Ilahi. doakan aku =)


Your long lost bestie, Syafinaz R.



Gadis berusia 21

Apakah yang di harapkan dari gadis seperti aku??

Seorang kerdil yang mungkin kehadirannya tak di sedari dunia

Apa yang aku tahu?

Aku cuma tahu berhibur, bersenda-tawa, berkelana, bermimpikan kamu ntah kan siang dan malam.

Apa yang kamu mahu?

Memagari aku dari semua kesukaan ku?

Memisahkan aku dgn teman2 di saat kamu jauh dari aku?

Beda, aku akui itu ... jarak umur yang memisahkan kita terlalu jauh

Tapi bukan bermaksud aku tidak boleh bersama dan memahami kamu seadanya bukan?

Berikan aku ruang dan waktu. 

Aku mencuba seadanya menjadi yang terbaik bagi kamu meskipun aku x mampu

Aku mencuba memahami kamu dengan kesungguhan kefahamanku yang cetek namun tidak pernah sampai

Aku cuba buang sgl prasangka agar tidak timbulnya perbalahan antara kita tapi aku sering bosan pada perkara2 yang tiada badai.tenang shj.tidak bosankah kamu?

Lalu aku menjadi penduga pada setiap tingkah mu

tapi aku mungkin kurang bijak, tersadung lalu tertinggal di belakang LAGI.

Ntahkan kaki aku masih kuat bertahan.belakangku masih utuh bersandar menyaksikan kamu dari sudut pandang mata ini.

Mungkin aku perlu berlalu mengangkat bendera putih dan berkurung seharian dibilikku menyembunyikan mata berkaca kepedihan. kerana mataku tidak melihat kamu lagi.kelam pekat dan hitam.

Selamat Hari Kejadian Eja Qorea !!


Untuk entry kali ni, aku malas nak berjiwang-jiwang dengan kau. Memberitahu alam betapa baiknya ko yang selalu ada masa susah aku dan yang selalu tanpa banyak songeh ikut aku ntah ke mana-mana (sebenarnya kena paksa). Birthday kau kali ni aku nak bagi dua option.

1. Berjimba sampai pagi kat mana-mana pusat karaoke yang ko suka. Ktv, Redbox, Ampsquare, Neway, Quality Hotel, Pusat Hiburan Keluarga mana-mana je ko pilih. Ni ofkos kita akan ajak tekong si Alisa fitri dan konco-konco beliau. Atau...

2. Kita pegi spa. Ko pilih lah mana-mana pakej ko suka. Nak yg ada facial ke, mandi bunga ke, lulur ke, ape-ape je lah! Ko pilih, Ko survey, tanyer harga. aku bayarkan je.

Ok tak?

kenapa dan macammana boleh gemuk


Ni gambar aku tahun lepas. tak la lama sangat. tahun lepas je pun. skrg sy da gemuk sebab sangat suka makanan. sedih la. Nak diet balik utk kurus sgtla susahnye. tadi try google mcm-mcm tips utk kurus. nak tryla dan tengok hasilnya nanti. tapi ntah dapat tahan atau tak tengok makanaa. hehehehe

ps: dah stop melanggan majalah cleo sbb stress model-model die cantik-cantik. choy!

untuk dia.



aku cinta. aku cinta.
aku rasa aku beri lebih tapi dia sedikit cuma.
aku rasa aku buat untuk dia tapi dia semacam tak mencuba

aku cinta
letih

aku give up.
tapi aku mahukan dia.