May 26, 2014

Bercuti ke Bandung

Awas : Setiap apa yg di ceritakan di sini sekadar pengalaman aku je. Lain org, lain rasa nye ye tak. Masa ni currency ialah Rp 1,000,000 = RM 294.11 so semua Rp devide 3.4 for RM

Ok. Selamat siang ibu-ibu, bapak-bapak.

Alhamdulillah. berjaya pergi dan balik dengan selamat ke Bandung. Kurang 2 bulan book tiket ke sana. Setelkan passport, baca berpuluh-puluh blog tips n tricks ke bandung dan akhirnya...

terbang!
Ini adalah pengalaman terbang kali ke dua terbang di awan biru dan kali pertama dengan air asia. Alhamdulillah flight tak delay dan kami tak terlambat or tertinggal flight. Naik dekat KLIA2 sgt best. smua benda teratur. Walaupun ni penerbangan kali pertama ke luar negara, everything is going very smoothly.
Jangka masa perjalanan adalah 2hrs 15mins. Flight pukul 6:50am waktu malaysia, tiba dalam 8am lebih waktu bandung. Sbb waktu di sana lewat 1 jam dari kita. Tak dpt di pastikn dengan tepat sbb masa ni terkial2 lagi tgok jam. Masa dalam flight di edarkan satu form kertas keras. Ini di ibaratkan mcm visa kita sementara ada di sana. Kena isi dlm flight tu dgn pen hitam or biru. So, sila prepare siap-siap. Klu tak kecoh dlm flight.

Sebabnya aku pernah baca blog xboleh ambik gambar ms tiba di airport tu (sebelum cop imegresen) so mmg xde sebrang gamb la masa awal-awal tu. Mmg betul pun. ada keluarga dan pasangan bergambar kat situ kena jerkah dengan pengawal. kus semangat. serammm...

Setibanya di situ kena isi borang lagi. kali ni akuan yang kita xde bawak narkoba, keritik atau bahan-bahan berbahaya yg lain. Isi je borang dan beratur untuk cop imegresen. Sebab kitorang mmg xbawak bagasi ape just beg galas sorang satu, lepas cop trus klua jalan kaki. Untuk first timer mcm aku mmg blur jugak la. Tapi klu klua dari aiportu korang nampak kedai Circle K sebelah kanan korang. Terus ke situ dulu. Aku beli teh botol yang famous sgt tu dan suami beli rokok.

My first attempt to this addicted drink. Rp 3000 = RM 0.90
Kat situ tanya dgn cashier mn jalan keluar. die tunjuk arah kata terus je jalan kaki. So, kitorang pun gerak. Memang tak nak ambik taxi airport sbb die akan charge Rp 100,000 = RM 29.41 . Mahal okey! Jalan keluar dlm 5 min je pun nmpak sebelah kanan taxi berderet. Tanya kat situ nk ke Serena Hotel charge brape. Dapatla Rp 60,000 = RM 17.64 . Jimat RM 10 rggt. tapi ada je yg aku kena tipu sepjg di Bandung ni. Satu-satu aku ceritakan nanti.

Kitorang ni, walaupun first timer tapi berani mati tak upah supir pun untuk perjalann. Sebab nak jimat. Rata-rata yang aku survey di blog n fb smua charge Rp 450,000 kalau 2 hari Rp 900,000 = RM 264.70 mahal... So macam lantaklah. Dalam hati naik  je angkutan or ojek. Jadi ms dalam taxi saja la suami sembang dgn taxi tu tyer klu sehari brape..Die kata charge Rp 450,000 sehari. Mintak murah lagi x boleh. So suami xkan la trus nak denial ke apa. Ckp xpelah klu perlukan akan telefon. Like seriusly jgn pernah ckp macam ni ok!! Esok pepagi buta dh tercongok depan hotel. Sebab suami aku lembut hati bagi je lah Rp 30,000 sbb die kata dh tggu setengah jam. Ok sini kerugian RM 8.82 :'(  Kalau deal dgn aku mmg haram aku nak kasi pape. Tapi nasiblh sbb suamiku baik hati sgt.

Dari taxi airport tadi terusla pergi hotel. Masa ni awal lagi dlm pkul 10am waktu Bandung. Masuk hotel dia kata bilik x siap lagi kena tggu skjap. So kitorang jln la kluar ingat nak pergi makan berdekatan je. Jln kaki sudah. Masa tu la jmpe Pak Irwan, taxi lain. Tanya kitorang nak pergi mana. Sembang-sembang so die buat penawaran Rp 300,00 sehari sampai malam. Oh gembiranya ok!

Tempat pertama kami pergi ke Poko. Ni Pak Irwan yang bawak sbb die kata sini murah. Peniaga dekat Pasar Baru pun mmg ambik kain dekat sini. Aku ingatkan poko ni mcm kilang ke ape. skali rumah orang mcm di buat gudang. kecik je tmpat tu dan ada sbuah je. Nak pergi bukan main jauh lagi. Tapi berbaloi sngat. Semua kain pasang dekat situ harga Rp 110,000 = RM 32.35 Banyak nya kain sampai rasa tenggelam dlm tu. Telekung pun ada yang cantik sekali dgn beg. Cantik-cantik. Kita cuma tinggal pilih je mana yg kain elok. Aku byk ambil kain cotton sbb lembut dan sejuk. Kain sulam pun banyak.




Pastu pegi makan dekat Restoren Belacan

Kedai 2 tingkat, dekorasi cantik

Inilah ikan Gurame Terbang

1/2 ekor ayam masak cili
Ikan Gurame tu nmpak je kecik. tapi sbnrnye saiz 2 tapak tangan orang dewasa. Ada ambik tempe tapi lupa tangkap gambar.

Lepastu kitorang jalan ke Cihampelas. Enjoy gambar. boring dah menaip.


































Seterusnya.. Next entry :)