April 13, 2014

Persiapan Perkahwinan

First skali nk ucap tahniah pd bakal-bakal pengantin baru. Nasihat aku sebagai pasangan yg dh dekat 2 tahun berkahwin ni. The very first 6 month adalah cabaran yg tersangat bagi aku. Nak sesuaikan diri menjadi isteri bukan benda senang walaupun berkahwin dgn org yg kita cinta. Byk sgt air mata aku gugur sambil teringat-ingat mama abah di kampung. Syahdu sgt.. Haha.

Ok, setelah hampir 2 tahun baru la kali ni nak share step-step persiapan perkahwinan aku.


  • Benda pertama sekali yg perlu di buat ialah borang. Sebab aku org peremuan aku cuma ingat borang pihak perempuan shj. Sijil kursus kahwin, borang HIV, borang bermaustatin (sebab ic Taiping tp bernikah dekat masjid Kamunting, mama abah dh pindah rumah),fotostat kad pengenalan dan borang nikah yg agak tebal jugak la Semua borang-borang ni perlukan pengesahan ketua kampung.Ketua kampung aku senang tinggal je kat rumah die esok pegi je ambik. Habis cerita. Masa ni aku masih duduk rumah bujang dekat shah alam so utk HIV test aku buat dekat klinik kesihatan seksyen 19. Untuk test HIV ni kalau boleh pergi awal sikit sebab setiap klinik ada peruntukan berapa ramai yg boleh buat test tu. So kalau pergi petang jgn harapla nak dapat. Kena dtg pagi esok plak. Ok.. setel bab borang. 
  • Benda kedua yang aku buat ialah tempah baju dan pelamin. Aku majlis bulan 6 dalam bulan 2 aku dah balik kpg untuk tempah pelamin. Sebabnya aku takut di hari besar aku tu, baju yg aku nak pakai takde atau dah di booking org lain. Sesia berputih mata. Jadi aku pergi awal untuk dapatkan baju yg sesuai beserta pakej yg murah dan mampu dimiliki. Pelamin ni, sekali dgn hiasan meja pengantin, 2 kali make-up dan 2 pasang baju RM1500.
  • Tempah kad kahwin Aku menyesal sgt tempah dekat Taiping. Mahal gila okey! Kalau sesiapa nak tempah kad kahwin yg murah, kedai ni boleh bagi 500 keping RM350 utk yg biasa punye kad and ada free gift lagi. Kalau nak luar biasa sikit 500 keping RM400 pun ada free gift. Kedai ceria kad kahwin dekat seksyen 15 shah alam.

My pelamin. Yg duduk tu my bestfriend from secondary 

  • Seterusya bab hantaran.Mesti dah siap-siap ada list untuk letakkan berapa dulang. Di sebabkan aku adala kemahiran sikit-sikit dalam buatan hantaran ni so aku buat sendiri je hantaran. Barang-barang hiasan ada separuh beli dekat Nilai. Pergi dgn mama abah aku. Tapi rasanya lebih murah kalau beli dekat kedai bunga area Busten Kamunting tu je. Sebab harga bunga yg sama dekat area Kamunting tu boleh dapat 3 jambak RM10. kalau dekat Nilai sejambak RM4.90 tak boleh kurag. Cuma kelebihan Nilai ni die ada banyak pilihan ribbon dan kain yg rare yang susah nk ada dekat tempat lain. Nak letak gambar hantaran tapi takde la.. mana la aku letak..sobs..sobs
  • Seterusnya fikir untuk door gift. Mak aku buat sendiri biskut mini donut yg sedap. Lepastu ada gula-gula untuk kanak-kanak. Ni pun gambar banyak dekat instagram. Dlm laptop tak tau mana.. sobs..sobs..
  • Tempahan makanan dan khemah di uruskan oleh ayah aku. Ni kitorang booking je, nyatakan tarikh dan bayar. Hehe
  • Setrusnya bersedialah untuk nervous okey =)
Oklah rasanya ni je kut. Sekarang nak share gambar-gambar sekitar majlis berlangsung.

Pagi tu aku menangis sebab taknak kahwin..motif?
Orang-orang kuat disebalik hari besar aku

Dah selamat dinikahkan dgn sekali lafaz..alhamdulillah

Family belah suami. Mak mentua aku sporting sgt-sgt. Bertuah rasa

Ni masa make-up

Hari Bahagia

Kekasih-kekasih hati

Dorang ni datang dari jauh..terharu tau

My family

Besty

Outdoor session

Ok.. habis dah. Ni aku nak bagi tips sikit untuk perkahwinan. Pilila warna yg sesuai dan ceria. Kalau  boleh elakkan warna yg bercampur-campur. Konon nak buat colour blocking sekali ko pun tenggelam sekali. Nan hadoo... K selamat stress untuk buat persiapan semua ^^