December 2, 2014

Kisah mengandung 2

Risau aku.

Klu ikutkan stiap hari kena kira pgerakan baby. Start pkul 9 pagi sehingga 10 pergerakan akhir dan catatkan masa.

Tapi baby aku aktif waktu pagi dan malam shj. Klu aku kerja jarang baby bergerak cume beralih posisi tidur (agaknya) itupun sgt jarang-jarang.

Jadi mcmn nk dptkan pegerakn baby yg tepat kan? Aku tyer mama dulu2 kena kira tak pgerakan baby. Mama kata xpayah. Mgkin skrg ni byk hal2 yg x dingini so bykla prosedur. All thing for mami n baby jugak.

Takpelah. As long baby ada movement I think evrythg's gonna be ok. Berserah pd Allah since sbgi manusia xboleh nak kawal smua benda kan :')

Around 3 months to go baby.

November 29, 2014

Kisah Mengandung

Bakal 7 bulan.

Mengandung anak pertama.

Bahagia.

Sangat.

Ada banyak nak cerita.

Tapi nantilah dulu.

:)

July 6, 2014

Mimpi yg bakal sempurna

Pertama sekali sangat2 aku panjatkan rasa syukur pd Allah. Syukur sgt2. Sekali lagi Dia pinjamkan rasa bahagia. Sekali lagi die izinkan sesuatu mmbesar dlm perutku..Alhamdulillah.

Period aku lewat 2 minggu. Sebab sebelum ni pun biase lewat jd wlupun harapan tu ada tp kami suami isteri tak terlalu berharap sbb kami takut kecewa. Dah 2 tahun berkahwin masih belum mmpunyai cahaya mata. Jauh di sudut hati kecil aku rasa sedih sgt bila kwn2 yang kawin selepas aku dh sibuk mabuk2 dan ada yg dh siap deliver si kecil comel. Indahnye senyuman baby2 ni.

Tapi aku perasan satu hal selain period aku yg lewat tu. Rambut aku gugur dgn banyak sekali. Smpai kita sdri tgok rs takut. Lpas tu bdn berangin je. Lpas tu try beli pregnen test manual dekat 7eleven. Mlm2 buta ajak jgk suami singgah. Balik2 terus aku test. Tak tggu dh org kata seeloknya pagi2 test kan. Hahaha.

May 26, 2014

Bercuti ke Bandung

Awas : Setiap apa yg di ceritakan di sini sekadar pengalaman aku je. Lain org, lain rasa nye ye tak. Masa ni currency ialah Rp 1,000,000 = RM 294.11 so semua Rp devide 3.4 for RM

Ok. Selamat siang ibu-ibu, bapak-bapak.

Alhamdulillah. berjaya pergi dan balik dengan selamat ke Bandung. Kurang 2 bulan book tiket ke sana. Setelkan passport, baca berpuluh-puluh blog tips n tricks ke bandung dan akhirnya...

terbang!
Ini adalah pengalaman terbang kali ke dua terbang di awan biru dan kali pertama dengan air asia. Alhamdulillah flight tak delay dan kami tak terlambat or tertinggal flight. Naik dekat KLIA2 sgt best. smua benda teratur. Walaupun ni penerbangan kali pertama ke luar negara, everything is going very smoothly.
Jangka masa perjalanan adalah 2hrs 15mins. Flight pukul 6:50am waktu malaysia, tiba dalam 8am lebih waktu bandung. Sbb waktu di sana lewat 1 jam dari kita. Tak dpt di pastikn dengan tepat sbb masa ni terkial2 lagi tgok jam. Masa dalam flight di edarkan satu form kertas keras. Ini di ibaratkan mcm visa kita sementara ada di sana. Kena isi dlm flight tu dgn pen hitam or biru. So, sila prepare siap-siap. Klu tak kecoh dlm flight.

Sebabnya aku pernah baca blog xboleh ambik gambar ms tiba di airport tu (sebelum cop imegresen) so mmg xde sebrang gamb la masa awal-awal tu. Mmg betul pun. ada keluarga dan pasangan bergambar kat situ kena jerkah dengan pengawal. kus semangat. serammm...

Setibanya di situ kena isi borang lagi. kali ni akuan yang kita xde bawak narkoba, keritik atau bahan-bahan berbahaya yg lain. Isi je borang dan beratur untuk cop imegresen. Sebab kitorang mmg xbawak bagasi ape just beg galas sorang satu, lepas cop trus klua jalan kaki. Untuk first timer mcm aku mmg blur jugak la. Tapi klu klua dari aiportu korang nampak kedai Circle K sebelah kanan korang. Terus ke situ dulu. Aku beli teh botol yang famous sgt tu dan suami beli rokok.

My first attempt to this addicted drink. Rp 3000 = RM 0.90
Kat situ tanya dgn cashier mn jalan keluar. die tunjuk arah kata terus je jalan kaki. So, kitorang pun gerak. Memang tak nak ambik taxi airport sbb die akan charge Rp 100,000 = RM 29.41 . Mahal okey! Jalan keluar dlm 5 min je pun nmpak sebelah kanan taxi berderet. Tanya kat situ nk ke Serena Hotel charge brape. Dapatla Rp 60,000 = RM 17.64 . Jimat RM 10 rggt. tapi ada je yg aku kena tipu sepjg di Bandung ni. Satu-satu aku ceritakan nanti.

Kitorang ni, walaupun first timer tapi berani mati tak upah supir pun untuk perjalann. Sebab nak jimat. Rata-rata yang aku survey di blog n fb smua charge Rp 450,000 kalau 2 hari Rp 900,000 = RM 264.70 mahal... So macam lantaklah. Dalam hati naik  je angkutan or ojek. Jadi ms dalam taxi saja la suami sembang dgn taxi tu tyer klu sehari brape..Die kata charge Rp 450,000 sehari. Mintak murah lagi x boleh. So suami xkan la trus nak denial ke apa. Ckp xpelah klu perlukan akan telefon. Like seriusly jgn pernah ckp macam ni ok!! Esok pepagi buta dh tercongok depan hotel. Sebab suami aku lembut hati bagi je lah Rp 30,000 sbb die kata dh tggu setengah jam. Ok sini kerugian RM 8.82 :'(  Kalau deal dgn aku mmg haram aku nak kasi pape. Tapi nasiblh sbb suamiku baik hati sgt.

Dari taxi airport tadi terusla pergi hotel. Masa ni awal lagi dlm pkul 10am waktu Bandung. Masuk hotel dia kata bilik x siap lagi kena tggu skjap. So kitorang jln la kluar ingat nak pergi makan berdekatan je. Jln kaki sudah. Masa tu la jmpe Pak Irwan, taxi lain. Tanya kitorang nak pergi mana. Sembang-sembang so die buat penawaran Rp 300,00 sehari sampai malam. Oh gembiranya ok!

Tempat pertama kami pergi ke Poko. Ni Pak Irwan yang bawak sbb die kata sini murah. Peniaga dekat Pasar Baru pun mmg ambik kain dekat sini. Aku ingatkan poko ni mcm kilang ke ape. skali rumah orang mcm di buat gudang. kecik je tmpat tu dan ada sbuah je. Nak pergi bukan main jauh lagi. Tapi berbaloi sngat. Semua kain pasang dekat situ harga Rp 110,000 = RM 32.35 Banyak nya kain sampai rasa tenggelam dlm tu. Telekung pun ada yang cantik sekali dgn beg. Cantik-cantik. Kita cuma tinggal pilih je mana yg kain elok. Aku byk ambil kain cotton sbb lembut dan sejuk. Kain sulam pun banyak.




Pastu pegi makan dekat Restoren Belacan

Kedai 2 tingkat, dekorasi cantik

Inilah ikan Gurame Terbang

1/2 ekor ayam masak cili
Ikan Gurame tu nmpak je kecik. tapi sbnrnye saiz 2 tapak tangan orang dewasa. Ada ambik tempe tapi lupa tangkap gambar.

Lepastu kitorang jalan ke Cihampelas. Enjoy gambar. boring dah menaip.


































Seterusnya.. Next entry :)

















April 13, 2014

Persiapan Perkahwinan

First skali nk ucap tahniah pd bakal-bakal pengantin baru. Nasihat aku sebagai pasangan yg dh dekat 2 tahun berkahwin ni. The very first 6 month adalah cabaran yg tersangat bagi aku. Nak sesuaikan diri menjadi isteri bukan benda senang walaupun berkahwin dgn org yg kita cinta. Byk sgt air mata aku gugur sambil teringat-ingat mama abah di kampung. Syahdu sgt.. Haha.

Ok, setelah hampir 2 tahun baru la kali ni nak share step-step persiapan perkahwinan aku.


  • Benda pertama sekali yg perlu di buat ialah borang. Sebab aku org peremuan aku cuma ingat borang pihak perempuan shj. Sijil kursus kahwin, borang HIV, borang bermaustatin (sebab ic Taiping tp bernikah dekat masjid Kamunting, mama abah dh pindah rumah),fotostat kad pengenalan dan borang nikah yg agak tebal jugak la Semua borang-borang ni perlukan pengesahan ketua kampung.Ketua kampung aku senang tinggal je kat rumah die esok pegi je ambik. Habis cerita. Masa ni aku masih duduk rumah bujang dekat shah alam so utk HIV test aku buat dekat klinik kesihatan seksyen 19. Untuk test HIV ni kalau boleh pergi awal sikit sebab setiap klinik ada peruntukan berapa ramai yg boleh buat test tu. So kalau pergi petang jgn harapla nak dapat. Kena dtg pagi esok plak. Ok.. setel bab borang. 
  • Benda kedua yang aku buat ialah tempah baju dan pelamin. Aku majlis bulan 6 dalam bulan 2 aku dah balik kpg untuk tempah pelamin. Sebabnya aku takut di hari besar aku tu, baju yg aku nak pakai takde atau dah di booking org lain. Sesia berputih mata. Jadi aku pergi awal untuk dapatkan baju yg sesuai beserta pakej yg murah dan mampu dimiliki. Pelamin ni, sekali dgn hiasan meja pengantin, 2 kali make-up dan 2 pasang baju RM1500.
  • Tempah kad kahwin Aku menyesal sgt tempah dekat Taiping. Mahal gila okey! Kalau sesiapa nak tempah kad kahwin yg murah, kedai ni boleh bagi 500 keping RM350 utk yg biasa punye kad and ada free gift lagi. Kalau nak luar biasa sikit 500 keping RM400 pun ada free gift. Kedai ceria kad kahwin dekat seksyen 15 shah alam.

My pelamin. Yg duduk tu my bestfriend from secondary 

  • Seterusya bab hantaran.Mesti dah siap-siap ada list untuk letakkan berapa dulang. Di sebabkan aku adala kemahiran sikit-sikit dalam buatan hantaran ni so aku buat sendiri je hantaran. Barang-barang hiasan ada separuh beli dekat Nilai. Pergi dgn mama abah aku. Tapi rasanya lebih murah kalau beli dekat kedai bunga area Busten Kamunting tu je. Sebab harga bunga yg sama dekat area Kamunting tu boleh dapat 3 jambak RM10. kalau dekat Nilai sejambak RM4.90 tak boleh kurag. Cuma kelebihan Nilai ni die ada banyak pilihan ribbon dan kain yg rare yang susah nk ada dekat tempat lain. Nak letak gambar hantaran tapi takde la.. mana la aku letak..sobs..sobs
  • Seterusnya fikir untuk door gift. Mak aku buat sendiri biskut mini donut yg sedap. Lepastu ada gula-gula untuk kanak-kanak. Ni pun gambar banyak dekat instagram. Dlm laptop tak tau mana.. sobs..sobs..
  • Tempahan makanan dan khemah di uruskan oleh ayah aku. Ni kitorang booking je, nyatakan tarikh dan bayar. Hehe
  • Setrusnya bersedialah untuk nervous okey =)
Oklah rasanya ni je kut. Sekarang nak share gambar-gambar sekitar majlis berlangsung.

Pagi tu aku menangis sebab taknak kahwin..motif?
Orang-orang kuat disebalik hari besar aku

Dah selamat dinikahkan dgn sekali lafaz..alhamdulillah

Family belah suami. Mak mentua aku sporting sgt-sgt. Bertuah rasa

Ni masa make-up

Hari Bahagia

Kekasih-kekasih hati

Dorang ni datang dari jauh..terharu tau

My family

Besty

Outdoor session

Ok.. habis dah. Ni aku nak bagi tips sikit untuk perkahwinan. Pilila warna yg sesuai dan ceria. Kalau  boleh elakkan warna yg bercampur-campur. Konon nak buat colour blocking sekali ko pun tenggelam sekali. Nan hadoo... K selamat stress untuk buat persiapan semua ^^