October 23, 2013

MY UNTOLD STORY

Masa tu, aku 17 tahun. Mama suruh aku pergi kedai beli barang rumah and aku mintak upah topup maxis RM 10. Aku pun jalan kaki pergi kedai, beli barang and bayar kat cashier mintak skali topup. Dah bayar semua akan berjalan keluar. Sampai pintu kedai aku patah balik dan tanya

"Mana topup, u tak kasi lagi kan?"

"Eh, i dah kasi la, cuba cek dalam plastik tu"
Cek, punya cek punya cek, takde. masa tu keadaan dah kelam kabut. Pekedai tu mcm bising-bising dgn aku kata dah bagi. Aku pun dengan egois kata "Eh, klu u dah kasi mesti ada, ni takder pun" Sambil menyeluk saku seluar dan tetiba aku terasa macam terpegang sesuatu.

Cemas

"u cekla, kalau ada, mesti ada punya. Tengok takde pun" Sambil mengeluarkan saku seluar untuk di tunjukkan pada pekedai. Dorang pun seluk-seluk poket and raba-raba badan aku sikit.

"takpelah, nah ambil ni (sambil memberikan topup baru) tapi i rasa mmg dah bagi dekat u. takpe u ambik je ni"

Aku pun keluar berjalan pulang ke rumah terus cerita dengan abah. Abah aku plak tak boleh anak kena tuduh pencuri bagai terus pegi serang kedai tu dan sampai sekarangla memang tak pernah dh jejak kaki kat kedai tu lagi.

Tapi sebenarnya topup tu mmg ada dalam poket seluar aku. Aku dah terpegang masa kali pertama seluk tu. tapi egois dan malu punya pasal terus je la tegakkan benang yang basah. haha. Ni kalau abah aku tau ni, mau mengamuk habis. Sory abah. Hehehe

No comments: