October 28, 2013

Tiada tajuk

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa ada orang yg Allah bagi segalanya. Ada kecntikan, ada duit dan ada orh-org tersayang sedangkan aku tengok hidupnya jauh sekali dari tikar sejadah tapi Allah sentiasa memberi bagai tidak habis baginya.

Kenapa?
Serasa tidak adil skali.

Tapi Allah juga kata " barangkali ape yg kamu minta itu, tidak baik bagimu maka Allah lah sebaik-baik pemberi dan maha mengetahui"

Jadi... *tarik nafas panjang

Allahurabbi. Pernah aku terbaca, sentiasalah berbuat kebaikan krn kita tidak tahu amal mana yg akan membawa kita ke syurga nanti.

Allahualam.

Al fatihah buat rakan ku Roshafiqah dan Nur Diana

Malam ni, aku diberitakan dengan kematian seorang rakan yg agak memberi impak besar pada diriku. Dia yang santai menyapa dan rajin sangat mengirim kad-kad comel buatan tangan buatku. Seringkali kami berbual di tangga asrama bercerita hal hati masing-masing. Dia yang seperti seorang kakak yang baik. Seiring masa dan kami semakin dewasa memori-memori indah tu pun diperlupakan. Hinggalah tadi berita kematian mengetuk memori lama.

Baru sepetang tadi aku bertanya suami, mungkinkah kita akan tahu bila harinya kita akan pergi. Mungkinkah di saat terakhir hidup, Allah akan beri kita kesempatan untuk paling kurang tidak menyebut namaNya sebelum kembali. Suami ku kata, org beriman Allah akan biar dia nampak kilasan Izrail untuk menyapa lalu yang waktu makin suntuk.

Dan diam. Perbualan kami habis di situ.

Hari ini Allah ambil dia dengan cara eksiden kereta. Hari lepas Allah ambil seorang rakanku dengan penyakit barah usus. Hari esok mungkinkah hari aku?

October 23, 2013

MY UNTOLD STORY

Masa tu, aku 17 tahun. Mama suruh aku pergi kedai beli barang rumah and aku mintak upah topup maxis RM 10. Aku pun jalan kaki pergi kedai, beli barang and bayar kat cashier mintak skali topup. Dah bayar semua akan berjalan keluar. Sampai pintu kedai aku patah balik dan tanya

"Mana topup, u tak kasi lagi kan?"

"Eh, i dah kasi la, cuba cek dalam plastik tu"
Cek, punya cek punya cek, takde. masa tu keadaan dah kelam kabut. Pekedai tu mcm bising-bising dgn aku kata dah bagi. Aku pun dengan egois kata "Eh, klu u dah kasi mesti ada, ni takder pun" Sambil menyeluk saku seluar dan tetiba aku terasa macam terpegang sesuatu.

Cemas

"u cekla, kalau ada, mesti ada punya. Tengok takde pun" Sambil mengeluarkan saku seluar untuk di tunjukkan pada pekedai. Dorang pun seluk-seluk poket and raba-raba badan aku sikit.

"takpelah, nah ambil ni (sambil memberikan topup baru) tapi i rasa mmg dah bagi dekat u. takpe u ambik je ni"

Aku pun keluar berjalan pulang ke rumah terus cerita dengan abah. Abah aku plak tak boleh anak kena tuduh pencuri bagai terus pegi serang kedai tu dan sampai sekarangla memang tak pernah dh jejak kaki kat kedai tu lagi.

Tapi sebenarnya topup tu mmg ada dalam poket seluar aku. Aku dah terpegang masa kali pertama seluk tu. tapi egois dan malu punya pasal terus je la tegakkan benang yang basah. haha. Ni kalau abah aku tau ni, mau mengamuk habis. Sory abah. Hehehe

Menjadi penganggur..

Bestnye tak bekerja. Bangun pagi buatkan breakfast untuk suami, salam cium pergi kerja dan aku balik bilik, bukak laptop, and there goes series after series of movies. Yeah!

But thing dun ever go the way we always wanted. Boring.. bosan.. Tak tau apa perlu buat. Dah habis semua cerita series aku tengok. dah kena tggu next week plak untuk tau sambungannya. Dan yang paling tak best aku dah xboleh nak malas-malas tak buat kerja rumah (basuh baju, basuh pinggan dan masak) . Aii...tak bestnya. Otak sentiasa berkembang (i wish) dengan tetiap hari google news, baca fb berkaitan politics and always updated dgn video trending terbaru. But ive nobody to talks too. Malasnya nak keluar rumah hanya nak pegi jumpe kawan-kawan dan kena cepat balik rumah sblm hubby balik. Mcm no point. Dengan duit simpanan yang makin susut (elleh, duit simpanan sangatla, padahal duit gaji terakhir yang tak berapa sen pun) . Crying... Crying...

Last week ada interview untuk assistant exec dekat putrajaya. Oh, by now i didnt receive any phone call yet so i obviously been rejected. Arghhh...

What a future..future...
I'm crying like nobody...
I'got nor job neither money...
Live in my pathetic way...

Damn!

October 8, 2013

Aku bosan kerja and berhenti kerja

Hi... dear blog, i miss you... Thank you.

Aku berhenti kerja lagi. But this time, agak lama jugak aku kerja kat sekolah tu since aku suka budak-budak and im actually a boss in my own class. Best kerja cikgu. Aku suka layan anak-anak kecil yg tak tahu lagi dunia ni perit dia macammana. Well, u will learn someday.

Sebenarnya aku macam dah putus asa nak kerja. Aku tak tau kerja apa yang aku suka, yang akan buat aku bertahan for years. Aku takut nk pergi interview sebab aku tak boleh fluently speaking. Berada dalam negara sendiri tapi terdesak nak berbahasa inggeris. I don't know why my country treat me like this. Kalau bukak jobstreet plak kebanyakkan kerja prefer chinese or at least speak Mandarin. Bukan salah diorang, i know they had to fight with government to survive jugak kan. 

Aku rasa macam nak apply study oversea. Aku macam lantaklah aku fail atau study half way, sebab benda sebenar yang aku nak ialah gain opportunity utk mantapkan bahasa inggeris aku. Aku rasa walaupun aku pergi, tak dapat bawak balik sijil, tapi by that time aku boleh guna sijil degree aku untuk interview kerja yang lebih bagus dan lebih best sebab aku time tu dah fluent speaking. kan? Omaigod. Nampak tak betapa terdesak aku sekarang?

Jadi macammana.. nak apply ke? atau tunggu dapat kerja dengan syeera tu than fly away. Aku muda lagi, mama abah pun kuat lagi, i mean kalau aku duduk jauh pun, diorang masih boleh terima dan aku pun tak perlu bimbang sangat hal kesihatan diorang kec kalau emergency tapi harap takdela kan. So, caner ni? tunggulah lepas konvo nanti akan fikir balik.

I is sad :(