January 4, 2013

Tak Dapat Detect Partition, Unallocated External hard Drive

Ok, ini ada satu lagi permasalahan yang berlaku yang melibatkan external hard disk/ hard drive ni. Pagi tadi, bangun-bangun tidur takde buat ape, macam biasela cucuk hard disc, tiba-tiba bukan keluar yang kena format partition tu dah. tapi mmg tak nampak langsung partition tu. Bila chech dekat eject Element ada plak tapi xde keluar partition. Tapi jangan panik. mungkin sebab hard disc tu dah berusia setahun lebih atau kurang dia mengada lah kan nak bagi susah hati orang. Yang ni senang je, tak perlu download ape-ape application pun.

Step pertama:
Korang kena cek dulu, betul atau tak partition ni wujud. Sebab takut sebenarnya yangtak berfungsi adalah wire usb korang tu. Cara nak check, Right Click dekat "Computer" ---> "Manage"---> "Storage" ---> "Disk management"



Bila dah bukak semua tu, akan nampak "Unallocated" Disk1 unknown. Ok, so bila dah nampak macam ni, confirmlah hard disk korang tu wujud cuma dia tak dapat nk detect partition je. 

Step dua:
Proses kedua ni agak tricky yang mana korang hanya perlukan keberanian je. Bila unallocated ni berlaku, sebenarnya takde masalah pun terhadap external korang. Dan tak tahu kenapa perkara ini berlaku. Sebab semalam ok, harini tetiba nk unallocated plak dah. Apa yg perlu dibuat hanyalah "reseating sata hard disk" atau dalam istilah melayu, keluarkan benda tu dan masukkan balik ke tempat asal. Ataupun dlm bahasa bercakap, bukak external korang, keluarkan dari cassing dan masukkan balik TANPA buat ape-ape pun.

Step tiga:
Sekarang ialah masa men youtube cara-cara nak bukak hard disc korang. paling senang google je "reseat sata drive APA TYPE HARD DISC" contoh ape yg aku google "reseat sata drive western digital 1TB". kalau jenis korang ialah Mac Gyver mmg kaki bogelkan peralatan elektrik, lagilah senang keje korang kan. 

Step empat:
Kalau tak berani bukak suruh je orang lelaki bukakkan. tak payah nak susah bawak pegi kedai plak sbb bukak external punye cassing sangatlah simple dan mudah. bukak je. takde ape akan jadi. lepas dh bukak, dah togelkan pusingkan kiri kanan depan blakang, pastu masukkan balik dlm cassing die tu dan try cucuk kat laptop. jengjengjeng! tetiba je ada balik partition korang tadi yg tak boleh read tu.

Macam biasa boleh lah hepi-hepi gelak-gelak balik sebab hati banyak sonang!

No comments: