January 11, 2013

Aku dan interview.




Hari yang ke sebelas untuk tahun 2013. Macam tahun lepas jugak, aku takde azam baru tahun ni. Aku cuma berharap aku dapat kerja yang stabil. Dah 3 bulan aku menganggur. Sangatlah tak best bila aku ada nafsu yang besar yang perlu di penuhi. Aku nak gadget baru. Sekarang aku pakai Samsung Galaxy Ace Android 2.3 Aku rasa dari segi apps aku takde ketinggalan sangat dan aku pun gunakan henfon untuk perkara-perkara normal mcm messaging, call, internet dan papago. Tapi aku tak puas sebab nafsu aku besar. Aku nak angkat s3, tp klu dlm masa 3 bulan akan dtg, aku masih tak mampu bagi aku s2 pun dh cukup baik. 

Baru-baru ni aku ada beli jengging dari UNIQLO. Masa aku beli tu tengah promotion so harga dia dari RM79.90 jadi RM49.90 je. Aku tersangat puas hati, even aku da pakai beberapa kali n da basuh dalam dua kali pun, kain dia tak berbulu-bulu. Walaupun die some sort of lengging, tapi kalau tunduk bongkok tak nampak bentuk punggung dan tak nampak cameltoe. Kalau aku tak bagitau sesiapa yg aku pakai legging mungkin orang ingat aku pakai skinny jeans sbb ter sgt comfortable. So, aku ingat nk tambah collection warna hitam, ungu dan biru. Di sebabkan masalah pengangguran aku ni, of coz la tak mampu kan.So, masuk wishlist. Cuma aku risau, bila aku dah ada duit nanti, jengging tu mungkin dah takde, sbb dah outdated atau mungkin aku dah bertambah berat so aku tak muat lagi untuk pakai jengging tu. Size yg aku beli haritu pun dah XL. Hmmmph.

Berbalik pada masalah pengangguran aku ni, Last interview aku dipanggil ialah untuk mengisi jawatan customer service executive pada sebuah bank. kalau di terima aku akan kerja shift n kerja on weekend. Aku tak kisah sebab bagi aku kepuasan aku bekerja tergantung kpd gaji yang sanggup employer bayar. Dan salary yg di offer pada aku RM2,600 ke RM3000. Plus im so desperedo to get any job yg bleh offer high salary. 

Sebelum pergi interview, macam biasa aku akan buat background check pada company tu. Selalunya benda yang akan aku ingat, ialah main office die terletak kat mana, tahun beroperasi dan basic apa yang company tu buat. Dan selalunya aku memang yakin yang aku akan dapat job tu. Dan kebanyakkan interview sebelum ni memang aku pas dengan agak cemerlang. Cuma since berhenti former job, aku langsung tak dipanggil interview lagi oleh mana-mana company. So, aku sangat sedih. Aku selalu bersikap jujur masa interview. Dan aku sesekali tidak akan over sell myself konon aku mampu buat itu ini sedangkan aku tak. Bagi aku itu tidak cerdik. Itu hanyalah kepoyoon mempersar2kan diri kau yang nan hado tu. 
Dan buat pertama kalinya, aku fail interview tu. Sebab paling utama adalah aku tak fluent dalam berbahasa inggeris. Dan, aku tersangatlah sedih. Aku seorang Melayu yang memang 24hours dari kecil membesar ckap Melayu. Aku tak study abroad yang membolehkan aku fluent dlm bahasa inggeris. takkan tetiba aku nak speaking dgn mak aku plak. Tak ke macam bodoh. tapi aku bukan tak boleh speaking. Aku tersangat boleh dan aku rasa dengan background Melayu tulen aku skrg, bahasa inggeris aku boleh dikatakan sangat bagus jugak. Cuma maybe Grammar aku mmg hancur. tapi tu bukan masalahnya yg penting aku mmg boleh berkomunikasi dlm bahasa inggeris. Cuma, yang menyebabkan aku gagal dapat kerja ni, bila aku terpaksa berkomunikasi dengan customer Singapore. Memang aku akan kalah kalau terpaksa communicate dgan singaporean menggunakan phone pulak tu. Nak tak nak, aku terpaksa terima aku fail interview tersebut. Agaknya kalau aku interview Customer Service untuk Malaysia dan berkomunikasi dalam bahasa mungkin aku dah dapat job tu. Mungkin?

Ok takpe.Bertambah pengalaman aku. Ini buatkan aku terfikir saranan untuk mengimport pekerja India untuk mengajar di Malaysia atas sebab Indian's accent di akui di peringkat dunia. Dan buat aku terfikir.. kita orang malaysia. Dan bahasa ibunda kita Bahasa Melayu. As long kita boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tu dah boleh dianggap sebagai satu pencapaian cemerlang. Jadi buat ape plak nak sampai bersusah payah nak slang indian, slang british semua? Mungkin, kerajaan boleh fikirkan cara untuk anak-anak luar bandar yang keciciran dalam pelajaran untuk boleh berbahasa inggeris pulak dari memperbaiki slang mereka-mereka yg sudah boleh berbahasa inggeris. Semoga jurang yang boleh dan tidak boleh berbahasa inggeris dapat di peperkecilkan lagi.

Dan tolong panggil aku interview. Sesiapa?

No comments: