January 11, 2013

Aku dan interview.




Hari yang ke sebelas untuk tahun 2013. Macam tahun lepas jugak, aku takde azam baru tahun ni. Aku cuma berharap aku dapat kerja yang stabil. Dah 3 bulan aku menganggur. Sangatlah tak best bila aku ada nafsu yang besar yang perlu di penuhi. Aku nak gadget baru. Sekarang aku pakai Samsung Galaxy Ace Android 2.3 Aku rasa dari segi apps aku takde ketinggalan sangat dan aku pun gunakan henfon untuk perkara-perkara normal mcm messaging, call, internet dan papago. Tapi aku tak puas sebab nafsu aku besar. Aku nak angkat s3, tp klu dlm masa 3 bulan akan dtg, aku masih tak mampu bagi aku s2 pun dh cukup baik. 

Baru-baru ni aku ada beli jengging dari UNIQLO. Masa aku beli tu tengah promotion so harga dia dari RM79.90 jadi RM49.90 je. Aku tersangat puas hati, even aku da pakai beberapa kali n da basuh dalam dua kali pun, kain dia tak berbulu-bulu. Walaupun die some sort of lengging, tapi kalau tunduk bongkok tak nampak bentuk punggung dan tak nampak cameltoe. Kalau aku tak bagitau sesiapa yg aku pakai legging mungkin orang ingat aku pakai skinny jeans sbb ter sgt comfortable. So, aku ingat nk tambah collection warna hitam, ungu dan biru. Di sebabkan masalah pengangguran aku ni, of coz la tak mampu kan.So, masuk wishlist. Cuma aku risau, bila aku dah ada duit nanti, jengging tu mungkin dah takde, sbb dah outdated atau mungkin aku dah bertambah berat so aku tak muat lagi untuk pakai jengging tu. Size yg aku beli haritu pun dah XL. Hmmmph.

Berbalik pada masalah pengangguran aku ni, Last interview aku dipanggil ialah untuk mengisi jawatan customer service executive pada sebuah bank. kalau di terima aku akan kerja shift n kerja on weekend. Aku tak kisah sebab bagi aku kepuasan aku bekerja tergantung kpd gaji yang sanggup employer bayar. Dan salary yg di offer pada aku RM2,600 ke RM3000. Plus im so desperedo to get any job yg bleh offer high salary. 

Sebelum pergi interview, macam biasa aku akan buat background check pada company tu. Selalunya benda yang akan aku ingat, ialah main office die terletak kat mana, tahun beroperasi dan basic apa yang company tu buat. Dan selalunya aku memang yakin yang aku akan dapat job tu. Dan kebanyakkan interview sebelum ni memang aku pas dengan agak cemerlang. Cuma since berhenti former job, aku langsung tak dipanggil interview lagi oleh mana-mana company. So, aku sangat sedih. Aku selalu bersikap jujur masa interview. Dan aku sesekali tidak akan over sell myself konon aku mampu buat itu ini sedangkan aku tak. Bagi aku itu tidak cerdik. Itu hanyalah kepoyoon mempersar2kan diri kau yang nan hado tu. 
Dan buat pertama kalinya, aku fail interview tu. Sebab paling utama adalah aku tak fluent dalam berbahasa inggeris. Dan, aku tersangatlah sedih. Aku seorang Melayu yang memang 24hours dari kecil membesar ckap Melayu. Aku tak study abroad yang membolehkan aku fluent dlm bahasa inggeris. takkan tetiba aku nak speaking dgn mak aku plak. Tak ke macam bodoh. tapi aku bukan tak boleh speaking. Aku tersangat boleh dan aku rasa dengan background Melayu tulen aku skrg, bahasa inggeris aku boleh dikatakan sangat bagus jugak. Cuma maybe Grammar aku mmg hancur. tapi tu bukan masalahnya yg penting aku mmg boleh berkomunikasi dlm bahasa inggeris. Cuma, yang menyebabkan aku gagal dapat kerja ni, bila aku terpaksa berkomunikasi dengan customer Singapore. Memang aku akan kalah kalau terpaksa communicate dgan singaporean menggunakan phone pulak tu. Nak tak nak, aku terpaksa terima aku fail interview tersebut. Agaknya kalau aku interview Customer Service untuk Malaysia dan berkomunikasi dalam bahasa mungkin aku dah dapat job tu. Mungkin?

Ok takpe.Bertambah pengalaman aku. Ini buatkan aku terfikir saranan untuk mengimport pekerja India untuk mengajar di Malaysia atas sebab Indian's accent di akui di peringkat dunia. Dan buat aku terfikir.. kita orang malaysia. Dan bahasa ibunda kita Bahasa Melayu. As long kita boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tu dah boleh dianggap sebagai satu pencapaian cemerlang. Jadi buat ape plak nak sampai bersusah payah nak slang indian, slang british semua? Mungkin, kerajaan boleh fikirkan cara untuk anak-anak luar bandar yang keciciran dalam pelajaran untuk boleh berbahasa inggeris pulak dari memperbaiki slang mereka-mereka yg sudah boleh berbahasa inggeris. Semoga jurang yang boleh dan tidak boleh berbahasa inggeris dapat di peperkecilkan lagi.

Dan tolong panggil aku interview. Sesiapa?

January 4, 2013

Tak Dapat Detect Partition, Unallocated External hard Drive

Ok, ini ada satu lagi permasalahan yang berlaku yang melibatkan external hard disk/ hard drive ni. Pagi tadi, bangun-bangun tidur takde buat ape, macam biasela cucuk hard disc, tiba-tiba bukan keluar yang kena format partition tu dah. tapi mmg tak nampak langsung partition tu. Bila chech dekat eject Element ada plak tapi xde keluar partition. Tapi jangan panik. mungkin sebab hard disc tu dah berusia setahun lebih atau kurang dia mengada lah kan nak bagi susah hati orang. Yang ni senang je, tak perlu download ape-ape application pun.

Step pertama:
Korang kena cek dulu, betul atau tak partition ni wujud. Sebab takut sebenarnya yangtak berfungsi adalah wire usb korang tu. Cara nak check, Right Click dekat "Computer" ---> "Manage"---> "Storage" ---> "Disk management"



Bila dah bukak semua tu, akan nampak "Unallocated" Disk1 unknown. Ok, so bila dah nampak macam ni, confirmlah hard disk korang tu wujud cuma dia tak dapat nk detect partition je. 

Step dua:
Proses kedua ni agak tricky yang mana korang hanya perlukan keberanian je. Bila unallocated ni berlaku, sebenarnya takde masalah pun terhadap external korang. Dan tak tahu kenapa perkara ini berlaku. Sebab semalam ok, harini tetiba nk unallocated plak dah. Apa yg perlu dibuat hanyalah "reseating sata hard disk" atau dalam istilah melayu, keluarkan benda tu dan masukkan balik ke tempat asal. Ataupun dlm bahasa bercakap, bukak external korang, keluarkan dari cassing dan masukkan balik TANPA buat ape-ape pun.

Step tiga:
Sekarang ialah masa men youtube cara-cara nak bukak hard disc korang. paling senang google je "reseat sata drive APA TYPE HARD DISC" contoh ape yg aku google "reseat sata drive western digital 1TB". kalau jenis korang ialah Mac Gyver mmg kaki bogelkan peralatan elektrik, lagilah senang keje korang kan. 

Step empat:
Kalau tak berani bukak suruh je orang lelaki bukakkan. tak payah nak susah bawak pegi kedai plak sbb bukak external punye cassing sangatlah simple dan mudah. bukak je. takde ape akan jadi. lepas dh bukak, dah togelkan pusingkan kiri kanan depan blakang, pastu masukkan balik dlm cassing die tu dan try cucuk kat laptop. jengjengjeng! tetiba je ada balik partition korang tadi yg tak boleh read tu.

Macam biasa boleh lah hepi-hepi gelak-gelak balik sebab hati banyak sonang!

Format External Hard Disk

Ini adalah cara untuk dapatkan semula segala file dalam sebarang format yang mungkin telah/akan hilang bila terpaksa format external harddisk/hard drive terutama kepada student yang banyak menyimpan segala bentuk drama dan gambar dalam external.

Menggunakan External Hard Drive Western Digital 1 TB, masa mula-mula beli dah bahagikan kepada 3 partitions. Partition satu 500MB, dan dua agi partition 250MB each. Kadang-kadang bila penggunaan hard drive tak di jaga dengan baik, contohnya asyk cucuk, cabut laptop tanpa mengikut prosedur eject element dengan betul, atau kejap cucuk laptop org ni, kejap cucuk laptop org sana akan menyebabkan external corrupted dan perlu di format. Rasanya sesiapa yang ada external pernah melalui situasi yg mana tetiba satu partition tak boleh di buka. kena format. Mesti bengang jugakla kan sebab baru je copy drama korea dari kawan semalam. Untuk yang pertama kali kena mesti menangis. sedih wooo..sob..sob..

Sekarang dah ada cara untuk dapatkan semula ape yang kehilangan.

Step pertama:
Bila cucuk je external, tengok salah satu partition perlu di format. ok. biarkan dulu. Jgn format terus. Kalau format terus, proses untuk mendapat kan balik segala file kesayangan akan semakin sukar.

Step kedua:
Download DiskGetor Data Recovery. Cari lah sedaya upaya untuk dapatkan yang crack version. Incase tak jumpa jugak boleh email ke amisaname@gmail.com. Tapi utk dapat reply emal tu mungkin makan masa sikit sebab kena cari tempat untuk upload file. Dah dapat file tu, install dalam laptop.

Step ketiga:
Pilih Recover Missing Data dan tekan Next

Step empat:
Kadang-kadang confius yang mana satu external korang. Tengok berdasarkan size. macam lptop ni internal hard drive 500MB je, jadi external Hard drive Western Digital 1TB confirmla yang bawah tu. tekan yg tu and akan keluar window kecik untuk cari partitions korang. dah habis die cari, tekan next.


Step lima:
Yang seterusnya boleh tengok partition mana yang hilang dan boleh recovery balik semua file yang dikehendaki. So, bolehla hepi-hepi balik sebab dah dapat semua file yang hilang tu.

Ps: Katakan ada 3 partition. Part A, Part B and Part C. Yang perlu di format adalah Part C. Semua file yang nak di recover dari Part C ni, perlu di simpan di Partition yg lain dahulu. Lepas dah habis recover, Part C yg corrupted tu perlu di format semula baru boleh digunakan seperti asalan.