October 28, 2013

Tiada tajuk

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa ada orang yg Allah bagi segalanya. Ada kecntikan, ada duit dan ada orh-org tersayang sedangkan aku tengok hidupnya jauh sekali dari tikar sejadah tapi Allah sentiasa memberi bagai tidak habis baginya.

Kenapa?
Serasa tidak adil skali.

Tapi Allah juga kata " barangkali ape yg kamu minta itu, tidak baik bagimu maka Allah lah sebaik-baik pemberi dan maha mengetahui"

Jadi... *tarik nafas panjang

Allahurabbi. Pernah aku terbaca, sentiasalah berbuat kebaikan krn kita tidak tahu amal mana yg akan membawa kita ke syurga nanti.

Allahualam.

Al fatihah buat rakan ku Roshafiqah dan Nur Diana

Malam ni, aku diberitakan dengan kematian seorang rakan yg agak memberi impak besar pada diriku. Dia yang santai menyapa dan rajin sangat mengirim kad-kad comel buatan tangan buatku. Seringkali kami berbual di tangga asrama bercerita hal hati masing-masing. Dia yang seperti seorang kakak yang baik. Seiring masa dan kami semakin dewasa memori-memori indah tu pun diperlupakan. Hinggalah tadi berita kematian mengetuk memori lama.

Baru sepetang tadi aku bertanya suami, mungkinkah kita akan tahu bila harinya kita akan pergi. Mungkinkah di saat terakhir hidup, Allah akan beri kita kesempatan untuk paling kurang tidak menyebut namaNya sebelum kembali. Suami ku kata, org beriman Allah akan biar dia nampak kilasan Izrail untuk menyapa lalu yang waktu makin suntuk.

Dan diam. Perbualan kami habis di situ.

Hari ini Allah ambil dia dengan cara eksiden kereta. Hari lepas Allah ambil seorang rakanku dengan penyakit barah usus. Hari esok mungkinkah hari aku?

October 23, 2013

MY UNTOLD STORY

Masa tu, aku 17 tahun. Mama suruh aku pergi kedai beli barang rumah and aku mintak upah topup maxis RM 10. Aku pun jalan kaki pergi kedai, beli barang and bayar kat cashier mintak skali topup. Dah bayar semua akan berjalan keluar. Sampai pintu kedai aku patah balik dan tanya

"Mana topup, u tak kasi lagi kan?"

"Eh, i dah kasi la, cuba cek dalam plastik tu"
Cek, punya cek punya cek, takde. masa tu keadaan dah kelam kabut. Pekedai tu mcm bising-bising dgn aku kata dah bagi. Aku pun dengan egois kata "Eh, klu u dah kasi mesti ada, ni takder pun" Sambil menyeluk saku seluar dan tetiba aku terasa macam terpegang sesuatu.

Cemas

"u cekla, kalau ada, mesti ada punya. Tengok takde pun" Sambil mengeluarkan saku seluar untuk di tunjukkan pada pekedai. Dorang pun seluk-seluk poket and raba-raba badan aku sikit.

"takpelah, nah ambil ni (sambil memberikan topup baru) tapi i rasa mmg dah bagi dekat u. takpe u ambik je ni"

Aku pun keluar berjalan pulang ke rumah terus cerita dengan abah. Abah aku plak tak boleh anak kena tuduh pencuri bagai terus pegi serang kedai tu dan sampai sekarangla memang tak pernah dh jejak kaki kat kedai tu lagi.

Tapi sebenarnya topup tu mmg ada dalam poket seluar aku. Aku dah terpegang masa kali pertama seluk tu. tapi egois dan malu punya pasal terus je la tegakkan benang yang basah. haha. Ni kalau abah aku tau ni, mau mengamuk habis. Sory abah. Hehehe

Menjadi penganggur..

Bestnye tak bekerja. Bangun pagi buatkan breakfast untuk suami, salam cium pergi kerja dan aku balik bilik, bukak laptop, and there goes series after series of movies. Yeah!

But thing dun ever go the way we always wanted. Boring.. bosan.. Tak tau apa perlu buat. Dah habis semua cerita series aku tengok. dah kena tggu next week plak untuk tau sambungannya. Dan yang paling tak best aku dah xboleh nak malas-malas tak buat kerja rumah (basuh baju, basuh pinggan dan masak) . Aii...tak bestnya. Otak sentiasa berkembang (i wish) dengan tetiap hari google news, baca fb berkaitan politics and always updated dgn video trending terbaru. But ive nobody to talks too. Malasnya nak keluar rumah hanya nak pegi jumpe kawan-kawan dan kena cepat balik rumah sblm hubby balik. Mcm no point. Dengan duit simpanan yang makin susut (elleh, duit simpanan sangatla, padahal duit gaji terakhir yang tak berapa sen pun) . Crying... Crying...

Last week ada interview untuk assistant exec dekat putrajaya. Oh, by now i didnt receive any phone call yet so i obviously been rejected. Arghhh...

What a future..future...
I'm crying like nobody...
I'got nor job neither money...
Live in my pathetic way...

Damn!

October 8, 2013

Aku bosan kerja and berhenti kerja

Hi... dear blog, i miss you... Thank you.

Aku berhenti kerja lagi. But this time, agak lama jugak aku kerja kat sekolah tu since aku suka budak-budak and im actually a boss in my own class. Best kerja cikgu. Aku suka layan anak-anak kecil yg tak tahu lagi dunia ni perit dia macammana. Well, u will learn someday.

Sebenarnya aku macam dah putus asa nak kerja. Aku tak tau kerja apa yang aku suka, yang akan buat aku bertahan for years. Aku takut nk pergi interview sebab aku tak boleh fluently speaking. Berada dalam negara sendiri tapi terdesak nak berbahasa inggeris. I don't know why my country treat me like this. Kalau bukak jobstreet plak kebanyakkan kerja prefer chinese or at least speak Mandarin. Bukan salah diorang, i know they had to fight with government to survive jugak kan. 

Aku rasa macam nak apply study oversea. Aku macam lantaklah aku fail atau study half way, sebab benda sebenar yang aku nak ialah gain opportunity utk mantapkan bahasa inggeris aku. Aku rasa walaupun aku pergi, tak dapat bawak balik sijil, tapi by that time aku boleh guna sijil degree aku untuk interview kerja yang lebih bagus dan lebih best sebab aku time tu dah fluent speaking. kan? Omaigod. Nampak tak betapa terdesak aku sekarang?

Jadi macammana.. nak apply ke? atau tunggu dapat kerja dengan syeera tu than fly away. Aku muda lagi, mama abah pun kuat lagi, i mean kalau aku duduk jauh pun, diorang masih boleh terima dan aku pun tak perlu bimbang sangat hal kesihatan diorang kec kalau emergency tapi harap takdela kan. So, caner ni? tunggulah lepas konvo nanti akan fikir balik.

I is sad :(

August 15, 2013

Salam Lebaran 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua...

Balik kampung itu hari ada dua benda yang mengganggu pemikiran pemikir agung macam aku, Bila hari raya, biasalah semua saudara jauh n dekat berkumpul. Dalam keluarga aku pulak ada 3 ketul cute babies yg umur bawah setahun. its so good to smell and to play with them. Bagi susu n bila baby tu crying bawak dekat kipas or cermin utk attract dorang pada benda sekeliling n stop crying as well. So good to have lil one. But sokey. In the past Ramadhan dalam 30 hari tu, ada sekali aku buat solat hajat minta zuriat. i dont know why its only once and malam selebihnya minta Allah utk dapat kerja yang lebih baik. Mohon Allah perkenankan.

Dan dalam semua saudara yang ada, ada saudara dekat yang ada 8 orang anak kecil. paling sulung form 1 and paling bongsu 7 months. Apa yang sedih nya and this thing bothering me a lot bila umi diorang ni jenis tak tau la aku nak kata. tapi everywhere dorang pergi mmg seluruh tempat akan jadi kucar-kacir mcm air tumpah, tempat jadi kotor dgn mknan bertaburan n busuk. Well, bukan aku tak faham perangai anak kecil yang mmg penyepah, cumanya the way their mother handle kids tu yang sedih k. Umi diorang ni langsung tak bunyi even a single word pun utk disiplinkan anak dia yang kucar-kacir ni tadi. And salah satu benda yang aku mmg cannot accept die boleh tiarapkan baby yang 7 month ni tadi kat carpet and bagi budak tu pegang keropok. and dlm beberapa second kropok tu dah hancur atas karpet ni n baby tu kutip serpih2 dan masuk dlm mulut. Aku mcm "eh kak, baby tu kutip ape kat lantai" and the mommy yang duduk betul2 sebelah je baby tu tengok and kata "oh, akak bagi die mkn kropok ikan ni" and continue bersembang dgn sedara plak. Aku mcm, OMG kesian gila baby ko. Tu belum lagi bab anak-anak dia yang lain smelly gila mcm sebulan tak mandi n pakai baju yang sama dari tahun lepas lagi. Like seriously ni bukan nak ada-adakan cerita or ape ok. true story ada keluarga yg gila pengotor macam ni. Umi n abah budak-budak ni bukan orang miskin pun ok. Ayah dorang lecturer dekat universiti terkemuka negara, dulu pun dorang sama-sama study mesir. Sekarang tengah buat rumah double storey kat kpg and on the way nak beli alza plak. Tapi hal anak-anak, kebersihan dan kecantikan diri tak jaga pun. Soodihhhh.....

And second pasal ahli keluarga baru dlm family belah suami aku. Perempuan.. cantik.. kahwin dengan adik bongsu suami. Aku pun ta tau la die rasa uncomfortable ke apa since family suami ni adik beradik ramai 12 orang (tapi adik beradik die 7 ramai jugak kan) tapi kenapa perempuan ni mcm susah sangat nak berada dengan kitorag. Malam kenduri langsung tak keluar bilik dengan alasan letih. esoknya plak lepas kemas sikit-sikit kelam kabut ajak suami balik rumah dia nak bukak pelamin and hantar dekat kedai pengantin tu dan terus pulak tido sana dan keesokannya terus nak gerak balik tempat study dia dekat negeri lain. Bagi aku macam takde manners la, Sampaikan bilik pengantin dia suami aku plak kena tanggalkan perhiasan and pasangkan plak cadar utk dia. Rasa macam tak syok jugak kan. Lagipun malam masa kenduri dia tak keluar bilik tu ramai lagi adik beradik lain tengah tunggu dia untuk nak buka hadiah and nak kenal-kenal dengan ahli keluarga baru kan. So, walaupun malu ke apa, face je la sbb kita semua pun one of the family. Nanti esokesokk kita perlukan satu sama lain jugak. Kan...

Ok. Itu aje... Bubye


July 21, 2013

New private blog maybe

Hi,

It's about 4am. I still cant sleep. N I keep watching keeks and instagram over again. Alot things bothering me. One of them is about baby. I know as a human im not capable to doing thing as what I want. I had plan and its Allah will to make it come true. So be it.

But its bothering....

June 3, 2013

I'm a woman

Betullah. Perkara paling sukar untuk di pertahankan selepas perkahwinan ialah mencintai Allah lebih dari mencintai suami. Memang susah. Sebab itu, aku di datangkan dgn masalah ini. Di samping harus memperhalusi kesilapan aku dala berumah tangga, aku perlu lebih taat pada Dia. Yang mencipta, yang memberi, yang pemurah dan pengasihani.

January 11, 2013

Aku dan interview.




Hari yang ke sebelas untuk tahun 2013. Macam tahun lepas jugak, aku takde azam baru tahun ni. Aku cuma berharap aku dapat kerja yang stabil. Dah 3 bulan aku menganggur. Sangatlah tak best bila aku ada nafsu yang besar yang perlu di penuhi. Aku nak gadget baru. Sekarang aku pakai Samsung Galaxy Ace Android 2.3 Aku rasa dari segi apps aku takde ketinggalan sangat dan aku pun gunakan henfon untuk perkara-perkara normal mcm messaging, call, internet dan papago. Tapi aku tak puas sebab nafsu aku besar. Aku nak angkat s3, tp klu dlm masa 3 bulan akan dtg, aku masih tak mampu bagi aku s2 pun dh cukup baik. 

Baru-baru ni aku ada beli jengging dari UNIQLO. Masa aku beli tu tengah promotion so harga dia dari RM79.90 jadi RM49.90 je. Aku tersangat puas hati, even aku da pakai beberapa kali n da basuh dalam dua kali pun, kain dia tak berbulu-bulu. Walaupun die some sort of lengging, tapi kalau tunduk bongkok tak nampak bentuk punggung dan tak nampak cameltoe. Kalau aku tak bagitau sesiapa yg aku pakai legging mungkin orang ingat aku pakai skinny jeans sbb ter sgt comfortable. So, aku ingat nk tambah collection warna hitam, ungu dan biru. Di sebabkan masalah pengangguran aku ni, of coz la tak mampu kan.So, masuk wishlist. Cuma aku risau, bila aku dah ada duit nanti, jengging tu mungkin dah takde, sbb dah outdated atau mungkin aku dah bertambah berat so aku tak muat lagi untuk pakai jengging tu. Size yg aku beli haritu pun dah XL. Hmmmph.

Berbalik pada masalah pengangguran aku ni, Last interview aku dipanggil ialah untuk mengisi jawatan customer service executive pada sebuah bank. kalau di terima aku akan kerja shift n kerja on weekend. Aku tak kisah sebab bagi aku kepuasan aku bekerja tergantung kpd gaji yang sanggup employer bayar. Dan salary yg di offer pada aku RM2,600 ke RM3000. Plus im so desperedo to get any job yg bleh offer high salary. 

Sebelum pergi interview, macam biasa aku akan buat background check pada company tu. Selalunya benda yang akan aku ingat, ialah main office die terletak kat mana, tahun beroperasi dan basic apa yang company tu buat. Dan selalunya aku memang yakin yang aku akan dapat job tu. Dan kebanyakkan interview sebelum ni memang aku pas dengan agak cemerlang. Cuma since berhenti former job, aku langsung tak dipanggil interview lagi oleh mana-mana company. So, aku sangat sedih. Aku selalu bersikap jujur masa interview. Dan aku sesekali tidak akan over sell myself konon aku mampu buat itu ini sedangkan aku tak. Bagi aku itu tidak cerdik. Itu hanyalah kepoyoon mempersar2kan diri kau yang nan hado tu. 
Dan buat pertama kalinya, aku fail interview tu. Sebab paling utama adalah aku tak fluent dalam berbahasa inggeris. Dan, aku tersangatlah sedih. Aku seorang Melayu yang memang 24hours dari kecil membesar ckap Melayu. Aku tak study abroad yang membolehkan aku fluent dlm bahasa inggeris. takkan tetiba aku nak speaking dgn mak aku plak. Tak ke macam bodoh. tapi aku bukan tak boleh speaking. Aku tersangat boleh dan aku rasa dengan background Melayu tulen aku skrg, bahasa inggeris aku boleh dikatakan sangat bagus jugak. Cuma maybe Grammar aku mmg hancur. tapi tu bukan masalahnya yg penting aku mmg boleh berkomunikasi dlm bahasa inggeris. Cuma, yang menyebabkan aku gagal dapat kerja ni, bila aku terpaksa berkomunikasi dengan customer Singapore. Memang aku akan kalah kalau terpaksa communicate dgan singaporean menggunakan phone pulak tu. Nak tak nak, aku terpaksa terima aku fail interview tersebut. Agaknya kalau aku interview Customer Service untuk Malaysia dan berkomunikasi dalam bahasa mungkin aku dah dapat job tu. Mungkin?

Ok takpe.Bertambah pengalaman aku. Ini buatkan aku terfikir saranan untuk mengimport pekerja India untuk mengajar di Malaysia atas sebab Indian's accent di akui di peringkat dunia. Dan buat aku terfikir.. kita orang malaysia. Dan bahasa ibunda kita Bahasa Melayu. As long kita boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tu dah boleh dianggap sebagai satu pencapaian cemerlang. Jadi buat ape plak nak sampai bersusah payah nak slang indian, slang british semua? Mungkin, kerajaan boleh fikirkan cara untuk anak-anak luar bandar yang keciciran dalam pelajaran untuk boleh berbahasa inggeris pulak dari memperbaiki slang mereka-mereka yg sudah boleh berbahasa inggeris. Semoga jurang yang boleh dan tidak boleh berbahasa inggeris dapat di peperkecilkan lagi.

Dan tolong panggil aku interview. Sesiapa?

January 4, 2013

Tak Dapat Detect Partition, Unallocated External hard Drive

Ok, ini ada satu lagi permasalahan yang berlaku yang melibatkan external hard disk/ hard drive ni. Pagi tadi, bangun-bangun tidur takde buat ape, macam biasela cucuk hard disc, tiba-tiba bukan keluar yang kena format partition tu dah. tapi mmg tak nampak langsung partition tu. Bila chech dekat eject Element ada plak tapi xde keluar partition. Tapi jangan panik. mungkin sebab hard disc tu dah berusia setahun lebih atau kurang dia mengada lah kan nak bagi susah hati orang. Yang ni senang je, tak perlu download ape-ape application pun.

Step pertama:
Korang kena cek dulu, betul atau tak partition ni wujud. Sebab takut sebenarnya yangtak berfungsi adalah wire usb korang tu. Cara nak check, Right Click dekat "Computer" ---> "Manage"---> "Storage" ---> "Disk management"



Bila dah bukak semua tu, akan nampak "Unallocated" Disk1 unknown. Ok, so bila dah nampak macam ni, confirmlah hard disk korang tu wujud cuma dia tak dapat nk detect partition je. 

Step dua:
Proses kedua ni agak tricky yang mana korang hanya perlukan keberanian je. Bila unallocated ni berlaku, sebenarnya takde masalah pun terhadap external korang. Dan tak tahu kenapa perkara ini berlaku. Sebab semalam ok, harini tetiba nk unallocated plak dah. Apa yg perlu dibuat hanyalah "reseating sata hard disk" atau dalam istilah melayu, keluarkan benda tu dan masukkan balik ke tempat asal. Ataupun dlm bahasa bercakap, bukak external korang, keluarkan dari cassing dan masukkan balik TANPA buat ape-ape pun.

Step tiga:
Sekarang ialah masa men youtube cara-cara nak bukak hard disc korang. paling senang google je "reseat sata drive APA TYPE HARD DISC" contoh ape yg aku google "reseat sata drive western digital 1TB". kalau jenis korang ialah Mac Gyver mmg kaki bogelkan peralatan elektrik, lagilah senang keje korang kan. 

Step empat:
Kalau tak berani bukak suruh je orang lelaki bukakkan. tak payah nak susah bawak pegi kedai plak sbb bukak external punye cassing sangatlah simple dan mudah. bukak je. takde ape akan jadi. lepas dh bukak, dah togelkan pusingkan kiri kanan depan blakang, pastu masukkan balik dlm cassing die tu dan try cucuk kat laptop. jengjengjeng! tetiba je ada balik partition korang tadi yg tak boleh read tu.

Macam biasa boleh lah hepi-hepi gelak-gelak balik sebab hati banyak sonang!

Format External Hard Disk

Ini adalah cara untuk dapatkan semula segala file dalam sebarang format yang mungkin telah/akan hilang bila terpaksa format external harddisk/hard drive terutama kepada student yang banyak menyimpan segala bentuk drama dan gambar dalam external.

Menggunakan External Hard Drive Western Digital 1 TB, masa mula-mula beli dah bahagikan kepada 3 partitions. Partition satu 500MB, dan dua agi partition 250MB each. Kadang-kadang bila penggunaan hard drive tak di jaga dengan baik, contohnya asyk cucuk, cabut laptop tanpa mengikut prosedur eject element dengan betul, atau kejap cucuk laptop org ni, kejap cucuk laptop org sana akan menyebabkan external corrupted dan perlu di format. Rasanya sesiapa yang ada external pernah melalui situasi yg mana tetiba satu partition tak boleh di buka. kena format. Mesti bengang jugakla kan sebab baru je copy drama korea dari kawan semalam. Untuk yang pertama kali kena mesti menangis. sedih wooo..sob..sob..

Sekarang dah ada cara untuk dapatkan semula ape yang kehilangan.

Step pertama:
Bila cucuk je external, tengok salah satu partition perlu di format. ok. biarkan dulu. Jgn format terus. Kalau format terus, proses untuk mendapat kan balik segala file kesayangan akan semakin sukar.

Step kedua:
Download DiskGetor Data Recovery. Cari lah sedaya upaya untuk dapatkan yang crack version. Incase tak jumpa jugak boleh email ke amisaname@gmail.com. Tapi utk dapat reply emal tu mungkin makan masa sikit sebab kena cari tempat untuk upload file. Dah dapat file tu, install dalam laptop.

Step ketiga:
Pilih Recover Missing Data dan tekan Next

Step empat:
Kadang-kadang confius yang mana satu external korang. Tengok berdasarkan size. macam lptop ni internal hard drive 500MB je, jadi external Hard drive Western Digital 1TB confirmla yang bawah tu. tekan yg tu and akan keluar window kecik untuk cari partitions korang. dah habis die cari, tekan next.


Step lima:
Yang seterusnya boleh tengok partition mana yang hilang dan boleh recovery balik semua file yang dikehendaki. So, bolehla hepi-hepi balik sebab dah dapat semua file yang hilang tu.

Ps: Katakan ada 3 partition. Part A, Part B and Part C. Yang perlu di format adalah Part C. Semua file yang nak di recover dari Part C ni, perlu di simpan di Partition yg lain dahulu. Lepas dah habis recover, Part C yg corrupted tu perlu di format semula baru boleh digunakan seperti asalan.