December 19, 2012

Years of Regression


Tahniah pada student yang dapat result cemerlang PMR hari ni.
Dan demi tahun yang pelajarnya silih berganti pergi, aku pernah ada di waktu ini. Pada waktu keputusan PMR di umumkan. Aku dapat 8A 1B. Bangga... tersangat. Bahagia... tersangat. Dan bila pulang ke rumah melihat wajah orang tua yang merasa sama apa yang aku rasa. Bila saudara-mara menelefon dan bertanyakan result aku. Bila cikgu-cikgu dan jiran-jiran pun sama mengucapkan tahniah. Tahu tak, keindahan itu masih lagi aku rasa. Bukan sebab apa yg aku dpt di ketika itu. Bukan sebab 8A 1b yang aku galas itu, tapi sebab dua tahun kemudian bila sekali lagi aku menduduki peperiksaan yang lebih besar, aku tewas.

Aku kecundang dgn keputusan yang maha teruk untuk result SPM aku. Takde lagi mata-mata bercahaya menyambut kepulangan aku. Aku masih ingat kerling tajam mata ayahanda. Air mata yang laju menuruni pipi bonda. Aku masih ingat dering-dering telefon yang tak langsung kami hiraukan sebab takut sanak saudara bertanyakan tentang aku. Sebagai cucu sulung, anak sulung, satu-satunya pelajar yg mendapat 5A semasa UPSR di sekolah rendah luar bandar. Tahu tak, hati aku bagai dihiris-hiris. Apa pun yang aku buat serba tak kena. Nak bercakap rasa salah. Nak makan rasa salah. nak keluar bilik pun rasa salah. Lastnya aku duduk terkurung berbulan lamanya dalam bilik aku. Jadi pemurung. Malu.

Tau tak, umur aku 24 skrg. Aku dah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda pun. Tapi untuk hidup dalam hakikat yang aku pernah tewas masa SPM dulu bukan senang. Setiap tahun, setiap kali keputusan UPSR, PMR &SPM di umumkan, tiap hari itu aku rasa hati ni pilu teramat. Semua rasa bertahun dulu msih segar dlam ingatan aku. Susahnya nak lupakan. Susahnya nak buang benda yang terpaling pahit dlm hidup aku. 

People always said, time heals everything. Yes, in my life, it almost everything. I dont even remember the face of my first love. I dont even remember the place that we had have been dating before. I dont even remember the taste of my first kiss. I dont even remember how great it was to actually finish my study. But i do feel the pain of embrassement moment on my SPM giving result's day. Till today. And maybe till the day my breath is taking away.

No comments: