July 27, 2012

Adjustment

Aku tak ramai kawan-kawan yang dah berkahwin. Boleh dibilang dgn jari, jap aku bilang. Emmmm... Ok, 6 org. Dari semua kawan yg aku kenal since primary, secondary, college n university umur sebaya aku 16 thn (forever sixteen)  ada 6 org. Kebanyakkan yg lain masih nanar dalam pencarian kerja yg sesuai dgn diri. yg dah jumpa plak masih dlm proses adjustment. Yelah, hidup kat university biasa tak bangun pagi even ada kelas pagi pun bukanlah tekanan sgt. masih berambu ramba hingga ke dinihari takpun melayan drama-drama korea meleleh.

Jadi, bila dah kerja, tak boleh macam tu. Kena komited. hari bekerja kena tidur awal dan bangun awal. macam back to school balik. bangun subuh dah tak tido. siap-siap pergi kerja. Honestly for the first time aku rasa susah sgt. Lagilah, aku ni dalam awal perkahwinan. Aku baru selamat dinikahi lebih kurang sebulan, baru belajar duduk rumah sendiri bersama suami shj baru dlm tempoh seminggu dan Ramadhan pun menjelang. Aku plak baru shj mula bekerja dlm tempoh 2 minggu. After i married then baru kerja ok. So, bayangkan berapa banyak adjustment yang perlu aku lakukan.

Baru kahwen, baru bekerja dan Ramadhan menjelang. Aku kena bangun pagi, sediakan sahur, sediakan baju suami, pergi bekerja terpaksa pulak melalui jem. Klu nak tahu, jarak rumah sewa dgn office around 30 mins utk normal hour. Klu waktu kemuncak tu perjalanan jadi sejam setengah sebab kena melalui depan ioi mall dan sunway pyramid. Ada jalan lain tapi kena bayar RM 3.80, pergi balik RM 7.60. Ko mampu? Walau macammana aku bagitau hati aku supaya ikhlas, tapi biasalah dlm tempoh adjustment ni mmg byk rungutan-rungutan dlm hati je. hahaha.

Tapi ni semua buat aku terfikir, inilah kehidupan yang sebenar. Bukan kehidupan masa sekolah dulu, bukan khidupan masa belajar universiti dulu. Ni lah kehidupan aku untuk 50 tahun akan dtg (inshaallah kalau di panjangkan umur). Walau pun aku akan bertukar kerjaya atau apa, inilah die reality of life. Aku sedang melaluinya. Dan di sebalik semua rungutan aku bersyukur aku ada suami yang sentiasa membantu aku, mama dan abah yg terus-terusan menasihati aku, keluarga mentua yg sayang aku mcm anak sendiri dan adik beradik yang faham, akak dieorg ni baru nk mula hidup, so tahun ni xde duit raya. kekekeke =D

Lepas aku berkahwin ni, ramai yang kata pada aku, "seronoknya dah berkahwin" , "untunglah ada org teman makan" dan mcm-mcm lagi yang tak dapat aku terjemahkan gurauan, usikan atau sindiran. hahaha. Tapi kepada kawan-kawan aku yg masih single tu, aku jeles dgn korang yg amamt semcmana korang jeles dgn aku. Tapi ketahuilah hidup berumah tangga ni bukan mudah. Aku berani ckp mcmni sbb sedang melaluinya. Nikahlah dgn org yg sempura imannya atau mungkin yg sedang mencari kesempurnaan iman tu. Inshaalah hidup bahagia sbb syaitan ni maha jahat. Bukanlah nk kata suami aku tu sempurna plak. kang ada la tu yg salah paham mengumpat aku bulan pose ni berdosa tau!

Ok, Selamat beramadhan dan beramal ibadah :)