May 20, 2012

Simpang yg kita pilih


Dari kecil lagi kdg-kdg ibu bapa kita akan tanyer "nak ikut mama abah pergi rumah atok x?" . Dan selalunya aku akan jawab taknak. Perasaan selesa duduk rumah sgt indah walaupun tak buat ape pun. Tapi perasaan sendiri rasa mcm big boss!

Antara pilihan-pilihan besar yang tetap ingat sampai sekrang yg mn aku tafsirkan, sebagai kegagalan aku membuat pilihan yang betul dalam hidup aku. Masa aku tingkatan 1, selepas 2 minggu aku belajar di SMKAK satu surat tawaran ke kemasukan maktab rend sains mara yg mmg aku selalu sebut-sebutkan. Tapi sebab aku dah rasa selesa di smkak, berjaya melepasi minggu orientasi di sana dan dah ada kawan, aku memilih simpang untuk setia di smkak. Yang mana bila skrg, aku tafsirkan pilihan aku adalah pilihan yg salah.

Aku sentiasa ada penyesalan dalam hati. Bila aku keluar rumah tak bertudung, bila mulut aku yg sedap-sedap mencarut berkodi-kodi, bila aku tidak solat berhari-hari dan bila aku rasakan pergaulan aku dah melepasi batas sebagai org islam. Selalunya aku akan terbahak-bahak ketawa sampai satu masa aku diam, pakai earphone dan dengar lagu-lagu yang aku suka sambil hati aku menyesal sebab tak berjaya menjadi org Islam yang sempurna. Aku selalu mohon pd Allah, panjangkan umurku sampai aku kahwin, dan pada masa itu aku akan berubah menjadi seorang Islam yang betul. Berusaha memperbaiki setiap kekurangan. Aku takut mati sebab aku tak tau nak persembahkan apa dekat Tuhan nanti. 

Nah, rasanya Tuhan perkenankan doa aku. Dia pun mahu tengok aku berubah. Dia pun mahu tahu smada aku akan tunaikan janji atau tidak (wlupn Allah sbnrnya sudah tahu sbb dia maha mengetahui). Dari saat aku sedang mengetuk laptop aku ini, aku sebenarnya ada kurang dari 10 hari untuk bersiap-siap menjadi Islam yang aku katakan sempurna itu.

Aku di hujung perjalanan yang di depan aku ada 2 simpang.  Satu simpang, yang menyuruh aku berubah dan menunaikan janji-janji aku. Dan sebelah lagi memaksa aku untuk terus ikut flow. tengok sejauh mn kaki aku ini akan membawa aku yang bermaksud aku sedang tunggu simpang lain pula untuk berubah. Macammana kalau selepas ini dah takde lagi simpang lainnya? lalu aku mati katak. disampahkan.

Aku sedang cuba, tapi cuba saje tak cukup! 


No comments: