May 22, 2012

Buat merka yang putus cinta, putus berkasih

Selama menjadi dewasa, ada beberapa lagu yang tak kira betapa ribu kali aku mendengarnya aku akan rasa hati aku cair. Lagi kalau aku dalam kesedihan bergaduh dengan kekasih, terkecil hati dengan kawan baik, berasa berdosa dengan orang tua dan dilanda kekecewaan yang aku tak pasti kenapa, mendengar lagu-lagu ini boleh buat aku menangis sendiri. 

Lagu Dear God-Avenged Sevenfold. Ramai yang tau lagu ini. bukan sahaja permulaan lagu tu yang meruntun hati aku tapi bila aku lihatkan liriknya yang bermakna terlalu dalam. Ya, lagu ini berjaya mencairkan hati aku tak kira berapa kali aku dengar atau terdengar.

Yang ke dua sebuah lagu gay aku secara tak sengaja terdengar di you-tube. Kerana lagu itu aku terus download filem Brokeback Mountain. Rasanya masa itu aku baru belasan tahun. Aku menonton filem itu tanpa memahami maksudnya. Sekarang ni aku dah pun lupa jalan cerita filem tu. Ape yang aku ingat hanyalah dua orang lelaki yang menunggang kuda bersama dan duduk dalam khemah berdua. Tapi lagu Lovers, I don't have to Love tetap melekat kuat dalam fikiran aku. why? i dunno. Yang pasti aku bukan gay and biseks.

Dan yang terakhir lagu dari Anna Nalick-Wreck of the day. Lagu ni aku terdengar masa aku putus cinta seminggu dengan bakal suami aku sekarang. Aku kira lagu tu buatkan aku jadi kuat untuk melalui hidup tanpa dia. Tapi akhirnya kami balik bersama. Dah nak kawen pun. hahaha

Dan untuk hari ini, aku buat pertama kalinya mendengar lagu Alanis Morissette- That I would be Good. Lagu ni buat semua pasangan kekasih di luar sana yang baru putus cinta. Putus cinta tu sakitkan. Setiap masa kita macam terbayang setiap apa yang kita lalui dengan dia. Setiap saat pun pandang henfon mengharapkan dia mesej kita dan minta maaf dan hubungan akan kembali seperti asal. Tapi, ingatkan.. tiada cinta yang lebih baik dari cinta Allah kepada hambaNya. bunyi mcm klise. boring. Noob. Tapi percayalah. Mungkin pd saat sakit putus cinta ini korang berasa dah tak mampu bertahan. rasa nak mati. tapi saat itulah di mana kita perlu menyerahkan segalanya kpd Allah, kerana Dia lebih tahu. So, dengar lagu di bawah ini and boost up ur mood. okeyh :)
                                                         "That I Would Be Good"

that I would be good even if I did nothing
that I would be good even if I got the thumbs down
that I would be good if I got and stayed sick
that I would be good even if I gained ten pounds

that I would be fine even if I went bankrupt
that I would be good if I lost my hair and my youth
that I would be great if I was no longer queen
that I would be grand if I was not all knowing

that I would be loved even when I numb myself
that I would be good even when I am overwhelmed
that I would be loved even when I was fuming
that I would be good even if I was clingy

that I would be good even if I lost sanity
that I would be good
whether with or without you


Sebelum aku lupa, aku adalah peminat setia untuk lagu-lagu Kangen Band dan Wali Band. Sangat sedap di dengar. Tapi sekarang sedang aku menaip post ini aku sedang mendengarkan Motif Band-Tuhan jagakan dia :)

ps: Tak usahlah berasa Tuhan itu tidak adil. Kerana adil itu kita pun belum tahu maknanya

No comments: