May 20, 2012

.

Aku sudah mulai menulis, maksud aku berblog sejak dari 2008. Iaitu sejak dari umur aku 20 tahun. Dan pada tahun itu, blog baru mulai nak tumbuh, Paling aku suka baca posting dari Justkhai. Blog dia masa tu tak sama dengan sekarang yang lebih banyak review ala itu ini. Dulu JustKhai banyak berkisarkan tentang pelajar yang bernama khai di Lim kok Wing. Pada masa dia dalam dunia cintanya bersama Nieza. Aku pun sibuk-sibuklah kono nak menjadi seorang blogger yang seperti dia. Bukan shj mengisi hal peribada dalam blog ni, tapi juga berkongsi idea, pemahaman dan pendapat, dan ape-ape je lah ilmu yang berguna. Jujur, pada waktu itu aku berinspirasi dari blog justkhai ni.

Tapi setelah 4tahun, aku sedar yang blog aku ni memang sampah. Penuh dengan lawak-lawak sarkastik aku dan posting-posting sinikal aku terhadap orang-orang tertentu. Siap racist bagai. Pergh! malu! Apa-apa yang aku tak puas hati tapi tak berani nak ckp depan-depan semua aku post di sini. Kisah aku jatuh cinta, putus cinta, bengang dgn lelaki-lelaki yg tinggalkan aku tu semua aku tulis kat sini. memangla perempuan ni takkan boleh lari dari emosi. Tak kisah la rambut kau pendek ke, pakaian kau mcm lelaki ke ape, perempuan memang perempuan keselaluan membuat keputusan bersandarkan emosi tanpa terfikir akhirnya mcmana nanti.

Dan, kerana terlalu malu tahap babi, lagipun aku pun dah nak berumah tangga. Aku malu kalau nanti tiba-tiba ada sanak saudara yang google nama aku dan terjumpa blog aku yang sampah ni jadi aku berkeputusan mendelete semua entri-entri aku yang sebelum ni. Lagipun aku rasa takde ape-ape lagi yang aku nak kenangkan. Tak guna pun. Aku lagi rasa looser kalau baca entri yang lama-lama dulu tu. 

Lepas ni taknak dah posting benda merapu mcm org gila. Hahaha =P

No comments: