May 24, 2012

Bagi aku..

Bagi aku, komen di instagram dgn ssorg yg kita tahu bahasa inggeris die adalah 'biasa-biasa' dan spm pn berahsia sangat result tak payah la nak komen 'Can i ask, how long that u gonna stay there?'


Ia sangat annoying. Betterlah kau tulis 'brape lm nak stay sn?' less annoy.


Dan aku perasan banyak tipikal komen di instagram pada artis-artis Malaysia, yg asking 'eh, love tht top.Mn u beli?' , 'Gorges shoes. Nak jgkkkk. U beli mn?' , 'skirt tu lawala. Kat mn nk cari?' and sadly artis-artis tu tak pernah nak jawab pn. Boo you. But that kind of question tetap ada kan. Pelik aku.


Bagi aku, bukanlah satu kesalahan pn nak komen artis kesukaan kau tu. Nak support and puji-pujian bagai. Tapi komen pertanyaan yang takkan pernah d layan macam tu tak perlu kut.


Just my 2 cent. Kalau korang tak bersetuju and nak tanya jugak dgn harapan akan di reply lantak koranglah. For me it s shit.


Published with Blogger-droid v2.0.4

May 22, 2012

Buat merka yang putus cinta, putus berkasih

Selama menjadi dewasa, ada beberapa lagu yang tak kira betapa ribu kali aku mendengarnya aku akan rasa hati aku cair. Lagi kalau aku dalam kesedihan bergaduh dengan kekasih, terkecil hati dengan kawan baik, berasa berdosa dengan orang tua dan dilanda kekecewaan yang aku tak pasti kenapa, mendengar lagu-lagu ini boleh buat aku menangis sendiri. 

Lagu Dear God-Avenged Sevenfold. Ramai yang tau lagu ini. bukan sahaja permulaan lagu tu yang meruntun hati aku tapi bila aku lihatkan liriknya yang bermakna terlalu dalam. Ya, lagu ini berjaya mencairkan hati aku tak kira berapa kali aku dengar atau terdengar.

Yang ke dua sebuah lagu gay aku secara tak sengaja terdengar di you-tube. Kerana lagu itu aku terus download filem Brokeback Mountain. Rasanya masa itu aku baru belasan tahun. Aku menonton filem itu tanpa memahami maksudnya. Sekarang ni aku dah pun lupa jalan cerita filem tu. Ape yang aku ingat hanyalah dua orang lelaki yang menunggang kuda bersama dan duduk dalam khemah berdua. Tapi lagu Lovers, I don't have to Love tetap melekat kuat dalam fikiran aku. why? i dunno. Yang pasti aku bukan gay and biseks.

Dan yang terakhir lagu dari Anna Nalick-Wreck of the day. Lagu ni aku terdengar masa aku putus cinta seminggu dengan bakal suami aku sekarang. Aku kira lagu tu buatkan aku jadi kuat untuk melalui hidup tanpa dia. Tapi akhirnya kami balik bersama. Dah nak kawen pun. hahaha

Dan untuk hari ini, aku buat pertama kalinya mendengar lagu Alanis Morissette- That I would be Good. Lagu ni buat semua pasangan kekasih di luar sana yang baru putus cinta. Putus cinta tu sakitkan. Setiap masa kita macam terbayang setiap apa yang kita lalui dengan dia. Setiap saat pun pandang henfon mengharapkan dia mesej kita dan minta maaf dan hubungan akan kembali seperti asal. Tapi, ingatkan.. tiada cinta yang lebih baik dari cinta Allah kepada hambaNya. bunyi mcm klise. boring. Noob. Tapi percayalah. Mungkin pd saat sakit putus cinta ini korang berasa dah tak mampu bertahan. rasa nak mati. tapi saat itulah di mana kita perlu menyerahkan segalanya kpd Allah, kerana Dia lebih tahu. So, dengar lagu di bawah ini and boost up ur mood. okeyh :)
                                                         "That I Would Be Good"

that I would be good even if I did nothing
that I would be good even if I got the thumbs down
that I would be good if I got and stayed sick
that I would be good even if I gained ten pounds

that I would be fine even if I went bankrupt
that I would be good if I lost my hair and my youth
that I would be great if I was no longer queen
that I would be grand if I was not all knowing

that I would be loved even when I numb myself
that I would be good even when I am overwhelmed
that I would be loved even when I was fuming
that I would be good even if I was clingy

that I would be good even if I lost sanity
that I would be good
whether with or without you


Sebelum aku lupa, aku adalah peminat setia untuk lagu-lagu Kangen Band dan Wali Band. Sangat sedap di dengar. Tapi sekarang sedang aku menaip post ini aku sedang mendengarkan Motif Band-Tuhan jagakan dia :)

ps: Tak usahlah berasa Tuhan itu tidak adil. Kerana adil itu kita pun belum tahu maknanya

May 20, 2012

.

Aku sudah mulai menulis, maksud aku berblog sejak dari 2008. Iaitu sejak dari umur aku 20 tahun. Dan pada tahun itu, blog baru mulai nak tumbuh, Paling aku suka baca posting dari Justkhai. Blog dia masa tu tak sama dengan sekarang yang lebih banyak review ala itu ini. Dulu JustKhai banyak berkisarkan tentang pelajar yang bernama khai di Lim kok Wing. Pada masa dia dalam dunia cintanya bersama Nieza. Aku pun sibuk-sibuklah kono nak menjadi seorang blogger yang seperti dia. Bukan shj mengisi hal peribada dalam blog ni, tapi juga berkongsi idea, pemahaman dan pendapat, dan ape-ape je lah ilmu yang berguna. Jujur, pada waktu itu aku berinspirasi dari blog justkhai ni.

Tapi setelah 4tahun, aku sedar yang blog aku ni memang sampah. Penuh dengan lawak-lawak sarkastik aku dan posting-posting sinikal aku terhadap orang-orang tertentu. Siap racist bagai. Pergh! malu! Apa-apa yang aku tak puas hati tapi tak berani nak ckp depan-depan semua aku post di sini. Kisah aku jatuh cinta, putus cinta, bengang dgn lelaki-lelaki yg tinggalkan aku tu semua aku tulis kat sini. memangla perempuan ni takkan boleh lari dari emosi. Tak kisah la rambut kau pendek ke, pakaian kau mcm lelaki ke ape, perempuan memang perempuan keselaluan membuat keputusan bersandarkan emosi tanpa terfikir akhirnya mcmana nanti.

Dan, kerana terlalu malu tahap babi, lagipun aku pun dah nak berumah tangga. Aku malu kalau nanti tiba-tiba ada sanak saudara yang google nama aku dan terjumpa blog aku yang sampah ni jadi aku berkeputusan mendelete semua entri-entri aku yang sebelum ni. Lagipun aku rasa takde ape-ape lagi yang aku nak kenangkan. Tak guna pun. Aku lagi rasa looser kalau baca entri yang lama-lama dulu tu. 

Lepas ni taknak dah posting benda merapu mcm org gila. Hahaha =P

Simpang yg kita pilih


Dari kecil lagi kdg-kdg ibu bapa kita akan tanyer "nak ikut mama abah pergi rumah atok x?" . Dan selalunya aku akan jawab taknak. Perasaan selesa duduk rumah sgt indah walaupun tak buat ape pun. Tapi perasaan sendiri rasa mcm big boss!

Antara pilihan-pilihan besar yang tetap ingat sampai sekrang yg mn aku tafsirkan, sebagai kegagalan aku membuat pilihan yang betul dalam hidup aku. Masa aku tingkatan 1, selepas 2 minggu aku belajar di SMKAK satu surat tawaran ke kemasukan maktab rend sains mara yg mmg aku selalu sebut-sebutkan. Tapi sebab aku dah rasa selesa di smkak, berjaya melepasi minggu orientasi di sana dan dah ada kawan, aku memilih simpang untuk setia di smkak. Yang mana bila skrg, aku tafsirkan pilihan aku adalah pilihan yg salah.

Aku sentiasa ada penyesalan dalam hati. Bila aku keluar rumah tak bertudung, bila mulut aku yg sedap-sedap mencarut berkodi-kodi, bila aku tidak solat berhari-hari dan bila aku rasakan pergaulan aku dah melepasi batas sebagai org islam. Selalunya aku akan terbahak-bahak ketawa sampai satu masa aku diam, pakai earphone dan dengar lagu-lagu yang aku suka sambil hati aku menyesal sebab tak berjaya menjadi org Islam yang sempurna. Aku selalu mohon pd Allah, panjangkan umurku sampai aku kahwin, dan pada masa itu aku akan berubah menjadi seorang Islam yang betul. Berusaha memperbaiki setiap kekurangan. Aku takut mati sebab aku tak tau nak persembahkan apa dekat Tuhan nanti. 

Nah, rasanya Tuhan perkenankan doa aku. Dia pun mahu tengok aku berubah. Dia pun mahu tahu smada aku akan tunaikan janji atau tidak (wlupn Allah sbnrnya sudah tahu sbb dia maha mengetahui). Dari saat aku sedang mengetuk laptop aku ini, aku sebenarnya ada kurang dari 10 hari untuk bersiap-siap menjadi Islam yang aku katakan sempurna itu.

Aku di hujung perjalanan yang di depan aku ada 2 simpang.  Satu simpang, yang menyuruh aku berubah dan menunaikan janji-janji aku. Dan sebelah lagi memaksa aku untuk terus ikut flow. tengok sejauh mn kaki aku ini akan membawa aku yang bermaksud aku sedang tunggu simpang lain pula untuk berubah. Macammana kalau selepas ini dah takde lagi simpang lainnya? lalu aku mati katak. disampahkan.

Aku sedang cuba, tapi cuba saje tak cukup!